Saya Rindu Terengganu

Okay, hari ni banyak misi nak diselesaikan. Fiona dah siap pakai baju astronaut dalam misi ujikaji kasut terbang.

Sebelum tu makan dulu cek mek molek gergasi 2 ketul supaya dapat tenaga berterusan. Yelah, sepanjang nak meroket tu akan berjumpa banyak burung entah apa-apa, ada baik, ada jahat, takde tenaga nak karate macamana.

Cek mek gergasi ni 35 sen je kat Kerandang, Jerteh.
Waktu fiona nak makan, tiba-tiba je mak cakap,

“Allah berapa sen jelah sangat untung dia buat cek mek besar macam ni. Minyak mahal, tepung mahal, gula mahal, ubi mahal, serba serbi mahal.”

Mak masih fikirkan kesusahan peniaga walaupun mak seorang pembeli. Betul, kadang-kadang kita terlupa peniaga pun ada kesusahan. Bukan kita saja yang ada kesusahan.

Cek mek ni mak beli 100 biji. Sama tempat dengan pulut panggang.

Mak dan arwah abah lebih suka membeli dari peniaga-peniaga kecil bila balik kampung. Ada je supermarket, tapi membeli dari orang-orang tua yang berniaga lebih membantu.

Saya rindu Terengganu.

Walaupun ramai saudara mara tua dah meninggal, tapi lalu di kawasan kampung sangat nostalgia. Teringat momen melihat orang-orang tua dengan lilitan kain batik atas kepala sedang berehat di depan pintu rumah. Menunggu seseorang barangkali.

Paling menenangkan jiwa bila lalu di pesisiran pantai Kuala Besut. Kelibat orang menjual lokan, kepah dan entah siput apa, buatkan saya turun juga membeli walau tak reti memasak.

Lokan, kepah yang dibeli, disimpan, dan bila balik ke Kuala Lumpur, diagih-agihkan kepada ahli keluarga yang lain.

-Mastura Rashid-

PuroCollagen Bergred Farmaseutikal, Pure with 100% Absorption Into The Body

Puro Collagen mengandungi 100% kolagen yang halal, bergred tinggi (pharmaceutical grade) tanpa mengandungi sebarang bahan berbahaya. Anda boleh gunakan tanpa was was kerana kolagen yang tidak diperlukan akan dikeluarkan oleh badan secara semua jadi. Maka anda tidak perlu risau pada kesan sampingan konsumsi Puro Collagen.

Boleh terus order di SINI ya.

Berehat Seketika. Recharge Energy.


Minggu ni berehat dari facebook. Bersedia rehatkan otak dan badan sampai habis kelas dan workshop ahad 19hb november 2017.

Fuh, lepas ni kau tengok fiona jadi power girl, dengan sentuhan magik buat anda makin lawa jelita bukan seperti nenek bongkok tiga. Ada tiga baby baru The Alchemist Craft nak keluar ok.

Pengsan!

Kembali semula 22hb november dengan cerita, petua dan video baru.

Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh terus whatsapp 018-3560030 ok. Jangan PM di facebook tau, takut sampai tahun depan pun mungkin tak berbaca lagi. Mungkin juga zaman fiona bongkok lima baru habis baca message di filtered dan message request.

Jika nak beli produk Argon Valley dan The Alchemist Craft, boleh beli terus di website.

www.argonvalley.com/shop

Produk dah up to date termasuk kimchi, lip balm, lip scrub dan apa saja yang anda suka kecuali kambing biri-biri.

Bersedia untuk buka sistem agent juga. Insyallah agent boleh order di website dengan kod khas yang unik.

Anda yang berada di Indonesia, Singapura dan Brunei pun boleh order juga. Postage calculation dah up to date.

Byee..fiona rehat untuk seminggu.

www.argonvalley.com

Muka depan website.
Menu SHOP. Silalah berbelanja dengan gembira.

Minyak Sapi Penyembuh Lecur

Pernah tak melecur dan tiba-tiba panik tak tau nak buat apa?

Terkebil-kebil lah kau kat situ menahan sakit sambil meniup-niup jari yang terkena panas tu.

Nak sapu susu ke, basuh dengan air sejuk ke, sapu minyak ke? Sapu minyak biasa takpe, asal jangan minyak urut panas sudah. Terlompat-lompat kat situ macam kangaroo.

Biasa beli minyak sapi tak?

Kalau tak biasa, baik beli satu buat spare. Minyak sapi (ghee) ni letak di luar pun tahan lama. Tak rosak, tak hilang warna dan hilang rasa. Kulat hijau pun tak kuasa nak membiak.

Kenapa?

Sebab ghee kelembapan dia rendah.

Tahu tak, ghee ni boleh jadi penyelamat waktu kulit melecur terkena api. Serius. Bahang melecur dan panas dalam gelembung tu akan reda.

Fiona pernah sapu aloe vera terus pada kulit melecur. Suka masak walaupun selalu masak hangit. Melecur tu perkara biasa. Sana sini berbekas. Kesian jugak tengok periuk belanga mak hitam legam kesan hangit.

Tapi aloe vera yang sejuk tu bila berlawanan dengan rasa panas dalam gelembung melecur tu, buat kita rasa lagi nak menggila. Berlawanan rasa panas dan sejuk. Rasa nak melompat tapi tahan jugak. Boleh roboh rumah. Takde tempat nak tidur pulak nanti.

Lepas tu cuba sapu ghee. Lega! Sejuk dan nyaman je rasa.

Itu pun lepas baca kebaikan ghee selain dari untuk masak dan buat kuih. Banyak kebaikan dia rupanya. Untuk rambut, kulit, penghadaman dan tulang.

Rasa seperti mentega tapi lebih lembut.
Wangi, rasa berlemak dan mengenyangkan.
Nak beli ghee, pastikan pure 100%. Bukan campuran. 😊

-fiona suka kuih suji-

Lecur dan melepuh.