BATU SERAP BAU BADAN MACAM KAMBING

BATU SERAP BAU BADAN MACAM KAMBING (CRYSTAL ROCK)

Siapa tau ni apa?

Dah lama saya minta batu ni dengan Aisyah Shoaib Ischa, rakan baik saya sejak sekolah. Dialah yang ajar saya guna benda ni. Ajar-ajar pastu tak bawak extra. Bila orang mintak, takde. #nasibbaik tak golek kau masuk gaung. 😇

Rupanya, saya memang pernah guna batu ni, tapi beli dengan harga yang sangat mahal kat farmasi.

Brand deodorant SMELLY NO MORE guna batu yang sama ni la. Tapi dia dah polish cantik, tak tajam macam yang raw ni. Yang raw ni kalau tercucuk ketiak boleh berlubang macam kena gigit tikus. #tipuje 😝

Oh, batu ni common, tapi susah juga nak dapat. Hanya terdapat di kedai menjual barangan tradisional saja.

Yang siam punya pun saya pernah guna.

Best, wangi!

Ada lemon, kunyit, aloe vera. Macam-macam. Harga pun tak mahal. Lepas convert dalam RM15 sebotol dah siap polish.

Tapi nak kirim pada orang yang balik Siam tu, Masyallah #berjanggut nak
menunggu. Dari bau #kambing, dah jadi bau#raksasa.

Kirim january, december baru dapat. #pengsan!
Okay, lets go back to tawas story.

Apa kegunaan tawas? Kenapa WAJIB beralih ke tawas, terutamanya PEREMPUAN?

1. UNTUK PEREMPUAN, sebaiknya amalkan sejak sekolah rendah. Atau paling bagus, sejak dah masuk puberty age.

PERTAMA

Sebab, budak-budak yang dah masuk puberty age ni, banyak lagi dia belum pandai nak jaga.

Jaga bau badan pun masih fail, apa lagi jaga bahagian paling private. Kejap ingat, kejap lupa, kejap lupa, kejap ingat. Lagi-lagi bila kena guna banyak item berasingan.

Selain dari ajar minum air sireh, makan ulam-ulam untuk bagi wangi alat sulit, kita sebagai ibu boleh ajar anak pakai tawas.

Basahkan tawas, dan sapu ke seluruh badan.

Ketiak, belakang leher (sebab sini tempat kumpul bau masam), celah peha dan celah jari kaki (bau stokin basah). Insyallah kawasan-kawasan ni akan jadi kering dan peluh pun tak berbau.

Mesti basahkan sampai dia jadi transparent. Jangan guna waktu kering, karang calar balar badan macam baru kena #karate dengan #kucing. Kasar! Ibarat gosok batu disaluti pasir ke badan.

KEDUA

Tawas boleh jadi sebagai bahan semulajadi untuk elak pertumbuhan bulu yang mengganas seperti gorilla. #serius tak tipu. Gosok je tawas basah ke badan selalu. Terutamanya tempat-tempat berbulu. Tiap-tiap hari buat, gugurla bulu tu. Ada can jadi macam sphynx cat. 🐈

KETIGA

Jadikan deodorant!

Hentikan guna deodorant moden. Deodorant moden banyak sangat bahan kimia berbahaya. Bahan dalam deodorant ni boleh sumbat liang-liang pori dan akibatkan kanser.

Mula-mula pakai, memangla tak hilang terus bau ketiak kambing tu. Tapi lepas dah beberapa kali pakai, insyallah bau ketiak kambing dah bertukar jadi bau #cinderella.

Sebab? Tawas mengelak pertumbuhan bakteria ketiak busuk yang mengganas bak cendawan tumbuh lepas hujan.

KEEMPAT

Penggunaan tawas berterusan boleh putihkan kulit yang gelap sebab penggunaan deodorant atau apa-apa skincare yang menyebabkan allergy sampai hitam kulit.

Kalau orang yang dah sedia hitam manis, tak boleh kot. Jangan salahguna tawas ni tau.

Oh, ingat tak masa kita sekolah dulu, ketiak baju mesti kuning kan? Tu sebab penggunaan deodorant yang tak sesuaila tu. Orang pakai deodorant nak bagi putih ketiak, sekali jadi kuning. Malu kan? Kesan kuning, kesan hitam, insyallah boleh hilang dengan tawas. Ni Aisyah la ajar. 😎

Next, sambung kegunaan tawas untuk orang laki pulak.

2. UNTUK LELAKI

Boleh digunakan sebagai aftershave untuk kurangkan pendarahan akibat pisau cukur. Golek-golek je kat muka macam uli roti ok? Lepas tu terus hensem.

3. GENERAL USE

Boleh guna sebagai pencegah siput babi pada tanaman.

Hancurkan tawas, campur 1 sudu besar ke dalam bekas siram pokok, air 5 liter.

Siram je pada tanah yang ada siput-siput tu. Nanti matilah siput dan telurnya sekali. (Saya pun baru tahu. Esok nak bagitau mak 😍).

Kesian mak, pokok selalu kena serang siput. Kalau siput sedut bolehlah buat lauk, ni siput babi, taktau nak buat apa. 😐

Siapa tau kat mana nak cari tawas?

Boleh cuba cari di kedai India yang jual rempah.

Tawas akan licin sendiri bila selalu basahkan dengan air. Makin kita sapu kat badan, makin dia terpolish sendiri. Jadi jangan risau pasal tajam-tajam tu.

#masturarashid
#masturatheherbalist
#argonvalley

Comments

  1. Lin says:

    Salam.
    Blh guna Tawas hilangkan bulu2 roma di muka?

    1. argonvalley says:

      Mungkin agak pedih bila ada luka-luka jerawat. Tapi muka perlu berpeluh supaya kotoran dr pori-pori dapat diflush. Guna tawas, kulit tak berpeluh.

Nak tanya sesuatu?