Jangan Salah Pilih Batu Tungku

JANGAN SALAH PILIH BATU TUNGKU
(#baca sampai habis)

Okay,
APA CIRI-CIRI BATU TUNGKU YANG ANDA PILIH?
1. Jenis batu
2. Saiz batu
3. Berat batu
4. Bentuk batu
5. Apa kegunaan?

Batu tungku yang dalam gambar ni adalah batu tungku dari BUKIT. Pagi tadi mak panaskan. Tiap-tiap hari pun bertungku walaupun tak bersalin. Haaa, siapa ada batu bukit angkat tangan ! 😉

Biasanya kan, batu tungku yang paling senang kita nak dapat ialah batu sungai, kan? Tapi kalau anda nak tau, batu sungai bahaya. Boleh meletup dan pecah waktu dipanaskan.
Kenapa? Sebab sifat batu tu sejuk. Dah duduk dalam air berpuluh atau mungkin beratus tahun, bila kita buat sebagai batu tungku, struktur dia cepat rosak.

Dah rosak, lama-lama merekah dari dalam, nasib tak baik, tengah panaskan, booomm! Pecah kena muka anda. Habis muka yang cun macam Selena Gomez tu berdarah sana sini. Kalau KENA MATA? 😱😱 Okay that’s #scary. Ternganga mulut dengar mak cerita tadi. Nasib mak baik sebab batu sungai yang mak pernah guna dulu tu pecah waktu mak kat luar dapur.

JADI APA JENIS BATU KITA NAK PILIH?
Pilihlah batu bukit. Batu bukit sifat dia panas. Duduk atas tanah, dah sesuai dengan keadaan panas melampau. Panas macamana pun memang takkan pecah. Percaya tak kalau saya katakan batu bukit dalam gambar tu dah berusia 20 tahun? 😉

NAK PILIH BENTUK MACAMANA?
Ikutlah nak guna untuk apa. Kalau nak guna untuk tungku tapak kaki, seeloknya pilih yang leper. Boleh letak kaki atas tu. Serius sedap! Rasa lega urat-urat. Kaki kita kan pusat saraf. Betul tak?
Kalau nak guna untuk tungku badan, pilih yang sederhana besar dan bulat.
Oh, kalau anda terpaksa tungku sendiri, pilihla yang bulat dan kecik sikit. Takdelah berat. Jangan pulak rasa nak cepat sihat, pergi cari batu bukit besar macam gymball. 😅😅 Serius anda takkan dapat bangun sampai bila-bila. #selamattinggalromeo

Okay, otak tengah tepu, nak skodeng rumah orang pulak sekarang. 😝

PS: Ada yang guna tungku besi kan? Saya pernah guna tapi berat dan tak sedap sangat macam batu. 😊

#argonvalley
#tipssihatargonvalley
#batutungku
#batubukit

Nak tanya sesuatu?