LEGAKAN KAHAK DAN HIDUNG TERSUMBAT DENGAN SUSU KUNYIT DAN BUBUR BAWANG PUTIH

SUSU KUNYIT SUAM DAN BUBUR BAWANG PUTIH UNTUK BATUK SELESEMA

Masih tak sempat lagi nak bercerita pasal minyak kuda. Haiih…ada je kekangan. Kuda pun dah tidur menunggu cerita dia kena up. 😝
Takpe, kita cerita dulu pasal cara natural untuk legakan simptom batuk dan selesema, sebab ada follower tanya dalam whatsapp petang tadi.😊
Untuk bayi, budak kecik, mungkin tak sesuai minum susu kunyit. Rasa yang tak sedap, dan mungkin terlalu kuat untuk anak boleh buatkan anak muntahkan semula susu tu.
Tapi, doktor selalu pesan, kalau anak muntahkan sekali dengan kahak, tu petanda bagus sebab kerongkong dan paru-paru clear untuk sementara.


Dah lupa pulak nak taip apa.

Tertunda-tunda sampai 1 jam setengah nak habiskan menaip petua ni saja. Sambil menaip sambil borak dengan mak mentua, duduk dalam kereta on the way balik, terlelap lagi, tidurkan anak lagi. Macam-macam.

SUSU KUNYIT SUAM

===============

BAHAN:
2 cawan susu segar

1 inci kunyit muda atau serbuk kunyit asli 1 sudu kecil

1 sudu kecil lada hitam tumbuk atau serbuk lada hitam

Madu 1 sudu besar
CARA:
Panaskan susu dalam periuk kecik. Jangan sampai didih. Masukkan semua kunyit dan lada hitam. Kacau.
Tuang dalam gelas, campur madu.
ATURAN MINUM:
Minum segelas pagi, segelas malam sebelum tidur.
KHASIAT:
Lada hitam dan kunyit adalah anti radang, anti virus dan boleh mencairkan kahak dan hingus.

Tidur malam bolehlah lega banyak. Takdelah tetiba terbangun tidur mata terbeliak sebab sesak nafas.
Ok, bawah ni tips masak bubur bawang putih.
Sebenarnya, waktu #bilalmiqdad sakit baru ni, saya ada tanya doktor, adakah natural remedy berkesan untuk keadaan bilal sakit waktu tu, contohnya bagi bilal bubur bawang putih? Doktor kata, boleh buat tapi antibiotik yang doktor dah bagi, mesti habiskan.
Natural remedy is natural remedy, prevention before and during you sick, but bila dah sakit, jika doktor dah bagi ubat, mesti ikut aturan makan yang betul. Jangan skip apa-apa ubat.
Kita usaha, dan cuba yang terbaik.

BUBUR BAWANG PUTIH

================
BAHAN:
Bahan biasa untuk buat bubur, cuma tambahkan extra bawang putih tumbuk 1 labu.

Masak bubur seperti biasa.

Tambah minyak bijan 1 sudu besar jika suka.
Ps: Bubur ni saya buat untuk bilal sekali saja lepas dia dah makin teruk dan takde selera makan. Jadi betul kata doktor, we try our best to prevent and cure. Tapi kalau anak dah takde selera makan, muntah, batuk teruk sampai sesak dada, mesti ke hospital juga.
Please jangan paksa dan tunggu anak sembuh sendiri jika keadaan terlalu teruk.
Tahu tak doktor kata apa waktu buat referral letter ke hospital? Doktor suspect bila denggi, atau kena influenza. Samada h1n1 atau lain jenis yang bahaya. Demam panas setiap malam, batuk yang teruk sampai terbeliak mata, merah padam muka, sesak nafas dan keletihan.
Jangan abaikan terus rawatan doktor moden.
Tu je saya nak pesan.  😊
#masturarashid

#argonvalley

ATURAN MINUM MIRACLE LEAF DI BULAN PUASA

ATURAN MINUM DAUN HARIMAU BERANAK DI BULAN PUASA

Ada yang tanya, macamana cara pengambilan #daunharimauberanak waktu bulan puasa?

Sebelum kita terangkan dengan lebih lanjut, kita nak bagitau, kesan daun pada setiap orang berlainan ok.

Ada yang rasa daun tak panas.

Ada yang minum je berpeluh-peluh tapi badan biasa, tak panas.

Ada yang minum rasa bahang, merah muka dan berpeluh-peluh.

Ada yang minum, berpeluh, panas, dan kering tekak.

Jadi, cara paling selamat, yang boleh semua orang amalkan adalah:

  1. KUANTITI DAUN:

Kurangkan kuantiti daun ke 1/2 dari biasa. Contoh, kalau biasa rebus 10 helai, untuk bulan puasa rebusla 5 helai.

  1. WAKTU MINUM:

Minum waktu malam sebelum tidur saja.

Tak perlu minum waktu sahur, dikhuatiri waktu siang nanti dahaga terlampau, badan panas.

Boleh faham? πŸ˜‰

Daun harimau beranak boleh didapati diΒ SINI.

#masturarashid

#argonvalley

Gambar ihsan customer.

DETOX KULIT KEPALA, JADIKAN AKAR RAMBUT KUAT DAN RAMBUT TUMBUH SEMULA DENGAN CEPAT

DETOX KULIT KEPALA ELAKKAN LIANG RAMBUT TERSUMBAT DENGAN #KAYUMANISFLORES
.
.
Rutin harian kita bukan sekadar syampu dan sapu hair conditioner saja untuk bagi rambut sihat.
.
.
Pernah tengok tak kat salon ada orang steam rambut guna mesin macam kepala alien tu? Dulu waktu kecik, mak rajin sangat buat rambut guna bendalah tu.
.
.
Waktu fiona kecik jugak, mak suka test stail rambut kat kepala kita dulu. Pernah mak suruh aunty tu potong rambut kita pendek, buat ikal macam Lady Diana, habis buat, magic jadi rambut negro. Kerinting halus-halus.
.
.
Pergi sekolah, kawan ejek, ” Anak negro..anak negro!” Balik rumah nangis. Marah kenapa mak buatkan rambut negro.
.
.
Selamba je mak jawab,
.
.
“Tu rambut Diana la tu.”
.
.
Next week, tukar balik stail rambut. Entah berapa kali kepala jadi bahan eksperimen.
.
.
Ok tau tak, salon-salon guna produk yang ada bahan kimia yang sangat tinggi?
.
.
Nak kerinting rambut, ubat dia adoi pengsan bau stokin busuk.
.
.
Nak lurus rambut, kering rambut guna hair dryer dan hair straightener yang boleh rosakkan akar rambut perlahan-lahan.
.
.
Tu belum syampu yang dia guna kat kepala lagi.
.
.
Jadi, perasan tak, dari kecik sebenarnya kita dah kumpul bahan kimia sikit demi sikit di kulit kepala.
.
.
Tu la sebab kenapa rambut kita mudah rosak, putus, lambat tumbuh, berkelemumur, penuh sel kulit mati dan tersumbat. Belum termasuk lagi saki baki kaki kutu waktu kita kecik dulu.
.
.
Lepas bersalin, dengan perubahan hormon, lagi buatkan kulit kepala kita tambah teruk.
.
.
Lagi teruk rambut yang gugur segan nak tumbuh balik.
.
.
Jadilah kau Gollum dengan jayanya, sambil menyebut, “my precious..my precious…” malam-malam. Laki kat sebelah terketar-ketar ketakutan.
.
.
Dengan masker ni, kulit kepala akan dapat bernafas balik, dan akar rambut akan kembali sihat. Jadi cepatlah rambut baru tumbuh semula. Dengan penggunaan minyak rambut yang betul, rambut yang tumbuh akan jadi hitam dan cantik.
.
.
BAHAN:
.
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayumanis flores
2 sudu besar minyak zaitun
.
Dan
.
2 sudu besar cuka epal (optional) sebagai finishing
.
Minyak zaitun boleh beli yang pure dan organic kalau suka.
.
.
CARA:
.
Gaul 3 bahan pertama tadi sampai sebati.
Lepas dah mandi, boleh lumur atas kulit kepala, pakai shower cap atau tuala untuk balut kepala.
Biarkan semalaman atau min 20 min.
.
Cuci kepala macam biasa.
.
Lumur kulit kepala dengan cuka epal supaya kulit kepala maintain sihat. Tak perlu cuci. Biarla rambut busuk sekejap demi kesihatan kulit kepala sejagat.
.
.
ATURAN:
.
Buat sebagai rutin 3 kali seminggu.
Bagi kulit bernafas semula ok?
.
.
Oh ya, Suhaili Baharudin pun ada share petua baru untuk face, hand, body and hair di group Cantik Moden & Tradisional.

.
PS: Guna kayumanis flores yang organik dan bebas logam berat untuk kesan maksimum.
.
.
Good night!Β 

#masturarashid
#argonvalley

Baking soda, minyak zaitun, serbuk kayu manis flores, cuka delima (optional).

 

Boleh cuba cari minyak zaitun organic kalau suka dan mahukan kesan maksima.
Hanya RM9 di kedai arab. Mungkin harga dah naik sikit sekarang.
Campuran yang belum dikacau. Lepas dah kacau nanti dia akan sebati, jangan risau.
Dah siap dikacau dan sebati.

TEH TARIK ARAB ISTIMEWA

Sedap sangat air teh tarik arab ni! 😱😱
Campuran buah pelaga, cengkih dan sedikit kayu manis premium. Rasa dia special sangat.
Boleh try hidang teh ni untuk tetamu yang datang ke rumah.
Cuba buat, dan rasa perbezaan dengan teh tarik biasa yang takde khasiat tu. 
BAHAN:
Uncang teh hitam

Air seteko

2-3 biji buah pelaga (fennel)

2-3 ketul bunga cengkih (clove)

1/4 sudu kecil kayu manis flores

Susu pekat sesedap tekak
CARA: 
Rebus semua bahan dalam periuk kecik sampai mendidih.
Tambah susu pekat ikut sedap tekak. Ingat, susu pekat tak bagus untuk kesihatan ok. Jadi berpada-pada bila nak bubuh tu. 😎
ATURAN MINUM:
Minum 3 kali sehari macam minum antibiotik. Mesti ditemani doktor dan nurse di tepi in case bacaan gula dalam darah naik mendadak.
Acah je.
Ikut suka kaulah labu.

LOKASI: KHEMAH TIMUR TENGAH, MASJID AL HIDAYAH TAMAN MELAWATI

#masturarashid

​

Bentonite clay = healing clay dari gunung berapi

Tau tak bentonite clay tu apa?
Nanti kita cakap pasal bentonite clay ok?
Magic clay, healing clay, Montmorillonite clay dan pelbagai nama lagi untuk tanah liat dari gunung berapi ni. 
Ramai orang dah tahu, tanah dari gunung berapi sangat bagus sebab kaya dengan pelbagai mineral yang jarang ada di tanah lain.
Di indonesia, kenapa tanaman mereka  besar, subur dan cantik? Kerana kebanyakan tanah pertanian mereka adalah tanah gunung berapi.
Tapi tak ramai tahu cara guna hasil semulajadi dari tanah gunung berapi.
Nak tahu apa kegunaan paling common dengan bentonite clay ni? 
Ingat tak semalam kita share pasal cara nak detox kulit kepala supaya liang-liang rambut kembali bernafas dan anda berjaya keluar dari bayangan gollum? πŸ˜‰
Ok, itu cara nak detox kulit kepala.
Untuk kulit badan dan ketiak, cara kita nyahkan sisa toksik hasil penggunaan bahan-bahan kimia dari kecik adalah, dengan menggunakan bentonite clay sebagai lulur atau masker.
Kalau kita tak detox kulit, atau ketiak, naik lrt, angkat ketiak, confirm orang ingat gas beracun. Masuk icu ok.
Gunalah sabun harga sejuta pun, gunalah lulur dari lava gunung berapi pun, selagi anda tak detox ketiak, selagi tu lah ketiak keluarkan gas beracun.
Bentonite clay boleh buat macam-macam produk diy sendiri yang selamat dan bebas bahan kimia berbahaya. Ubat gigi, masker dan dibuat minuman. 
Nak gi pasar malam jap. 
Dah lengkap info, gambar, kita share. 😘
PS: Tahu tak batu dari gunung berapi adalah pengurut dan batu tungku paling efektif untuk sakit badan dan wanita bersalin? πŸ˜‰

#masturarashid

MASKER DIY UNTUK KULIT KEPALA YANG TIDAK SIHAT

Nak tau tak kenapa bila kita guna syampu atau hair conditioner paling mahal harga sejuta pun rambut masih macam #maklampir?
Haa tulah, taknak tanya kita. Kita pun malas share.
Malas share sebab LUPA.😝
Kakak ipar fiona, #catwoman dah berjuta kali pesan,
“Mas, mana petua?”
“Mas, petua tin susu untuk perut kempis dalam pantang bila nak up lagi?” Okay esok kak ida. Fiona punya esok, sebulan pun lupa lagi.
“Mas, ni hot chocolate cinnamon drink buat dan share.” Okay kak ida, jap lagi. Fiona punya jap lagi, dah 3 minggu ok, dah jadi sarang biawak dah resipi tu.
Hihihihi. Ketawa stail mak lampir sikit.
Bzz..bzzz…bzzzt! Terus putus wayar time-time tu jugak.

Dari beribu benda dalam kepala, jadi kosong.
Pastu tengah breakfast dengan kakak, kena transfer duit on the spot, bukak telefon, nak klik maybank2u, terklik pulak whatsapp, lepas 10 minit, 20 minit, 
“MAS DAH TRANSFER BELUM?” 
“Hah, transfer apa??” Boleh tak, kita tanya macam dia nak rompak kita.
“Ya Allah engkau ni. Teruk betul memory engkau.”
Blur..blank. 
Tetiba teringat sepatutnya kena transfer duit susu kambing kat dia sejak 20 minit lepas.
Oklah harini nak share la sebab lepas mengopi tadi, tetiba ingatan yang hilang kembali masuk ke dalam otak.
Kita guna 3 bahan saja. 
BAKING SODA, MINYAK ZAITUN DAN SERBUK KAYU MANIS.
Ada juga petua yang guna apple cider. Tu next time share.
Kulit kepala pun perlukan detox selain ketiak yang berbau kambing tu.
Kepala pun boleh keluarkan bau stokin busuk ok? Kalau pakai bermacam produk berchemical, mestilah sisa-sisa chemical akan terkumpul dan menyumbat liang-liang rambut. So dapatlah rambut mak lampir baru balik pasar. Dengan busuknya, serabutnya, berkelemumurnya, sampai kaum kerabat kutu pun dah isytiharkan kepala kita kawasan perumahan terbaik untuk didiami.
Rambut beruban, rambut rosak, rambut mudah putus cinta, insyallah boleh improve banyak. Nak rambut #rapunzel tak? Ok, silakan buat masker rambut ni. 
Ingat, 3 bahan saja.
Oh, boleh pilih untuk buat finishing dengan apple cider juga.
Dah ambik gambar, kita up. Dan bagitau detail.
Nak masak petang, bawah tudung saji tu kosong lagi. 
Tak pasal-pasal kena tambat kat tepi kandang kambing Din Beramboi nanti.

UPDATED:

Dah masak dah. Tinggal nak up resipi dan steps saja. Next post ok.

#masturarashid

Nak Sumber Protein Selain Daging?

ALTERNATIF UNTUK SI VEGETARIAN YANG MAHUKAN SUMBER PROTEIN SELAIN DAGING

 

Ada sesiapa vegetarian atau elakkan makan daging untuk dapatkan sumber protein?

Mungkin boleh beralih ke makanan macam dalam gambar ni.

Selama ni kita ingat daging saja sumber protein, betul tak?

Sebenarnya, banyak lagi sumber protein yang ada disekeliling kita.

KIta je tak tau atau malas ambik tau.

Kita suka makan daging, sebab tula banyak daging sekarang kat badan. Terlebih-lebih pulak. Tu yang jadi fiona bukan cinderella ok?

Harap dengan post dalam album GOOD FOOD, BAD FOOD dapat bantu ramai orang beralih ke makanan yang lebih sihat dan tak berlemak tepu macam yang kita selalu ambik.

Stay healthy sampai tua!

Sumber protein dari kacang dan sayuran.

 

 

 

 

 

 

PS: Kita akan sentiasa update sumber mineral alternatif dan diet sesuai untuk vegetarian, pengamal diet Atkins, pesakit darah tinggi, kencing manis dan serious illness lain. πŸ˜‰

RUJUKAN:
http://www.health.com/health/gallery/0,,20718479,00.html

http://www.onegreenplanet.org/nat…/vegan-sources-of-protein/

BATU SERAP BAU BADAN MACAM KAMBING

BATU SERAP BAU BADAN MACAM KAMBING (CRYSTAL ROCK)

Siapa tau ni apa?

Dah lama saya minta batu ni dengan Aisyah Shoaib Ischa, rakan baik saya sejak sekolah. Dialah yang ajar saya guna benda ni. Ajar-ajar pastu tak bawak extra. Bila orang mintak, takde. #nasibbaik tak golek kau masuk gaung. πŸ˜‡

Rupanya, saya memang pernah guna batu ni, tapi beli dengan harga yang sangat mahal kat farmasi.

Brand deodorant SMELLY NO MORE guna batu yang sama ni la. Tapi dia dah polish cantik, tak tajam macam yang raw ni. Yang raw ni kalau tercucuk ketiak boleh berlubang macam kena gigit tikus. #tipuje 😝

Oh, batu ni common, tapi susah juga nak dapat. Hanya terdapat di kedai menjual barangan tradisional saja.

Yang siam punya pun saya pernah guna.

Best, wangi!

Ada lemon, kunyit, aloe vera. Macam-macam. Harga pun tak mahal. Lepas convert dalam RM15 sebotol dah siap polish.

Tapi nak kirim pada orang yang balik Siam tu, Masyallah #berjanggut nak
menunggu. Dari bau #kambing, dah jadi bau#raksasa.

Kirim january, december baru dapat. #pengsan!
Okay, lets go back to tawas story.

Apa kegunaan tawas? Kenapa WAJIB beralih ke tawas, terutamanya PEREMPUAN?

1. UNTUK PEREMPUAN, sebaiknya amalkan sejak sekolah rendah. Atau paling bagus, sejak dah masuk puberty age.

PERTAMA

Sebab, budak-budak yang dah masuk puberty age ni, banyak lagi dia belum pandai nak jaga.

Jaga bau badan pun masih fail, apa lagi jaga bahagian paling private. Kejap ingat, kejap lupa, kejap lupa, kejap ingat. Lagi-lagi bila kena guna banyak item berasingan.

Selain dari ajar minum air sireh, makan ulam-ulam untuk bagi wangi alat sulit, kita sebagai ibu boleh ajar anak pakai tawas.

Basahkan tawas, dan sapu ke seluruh badan.

Ketiak, belakang leher (sebab sini tempat kumpul bau masam), celah peha dan celah jari kaki (bau stokin basah). Insyallah kawasan-kawasan ni akan jadi kering dan peluh pun tak berbau.

Mesti basahkan sampai dia jadi transparent. Jangan guna waktu kering, karang calar balar badan macam baru kena #karate dengan #kucing. Kasar! Ibarat gosok batu disaluti pasir ke badan.

KEDUA

Tawas boleh jadi sebagai bahan semulajadi untuk elak pertumbuhan bulu yang mengganas seperti gorilla. #serius tak tipu. Gosok je tawas basah ke badan selalu. Terutamanya tempat-tempat berbulu. Tiap-tiap hari buat, gugurla bulu tu. Ada can jadi macam sphynx cat. 🐈

KETIGA

Jadikan deodorant!

Hentikan guna deodorant moden. Deodorant moden banyak sangat bahan kimia berbahaya. Bahan dalam deodorant ni boleh sumbat liang-liang pori dan akibatkan kanser.

Mula-mula pakai, memangla tak hilang terus bau ketiak kambing tu. Tapi lepas dah beberapa kali pakai, insyallah bau ketiak kambing dah bertukar jadi bau #cinderella.

Sebab? Tawas mengelak pertumbuhan bakteria ketiak busuk yang mengganas bak cendawan tumbuh lepas hujan.

KEEMPAT

Penggunaan tawas berterusan boleh putihkan kulit yang gelap sebab penggunaan deodorant atau apa-apa skincare yang menyebabkan allergy sampai hitam kulit.

Kalau orang yang dah sedia hitam manis, tak boleh kot. Jangan salahguna tawas ni tau.

Oh, ingat tak masa kita sekolah dulu, ketiak baju mesti kuning kan? Tu sebab penggunaan deodorant yang tak sesuaila tu. Orang pakai deodorant nak bagi putih ketiak, sekali jadi kuning. Malu kan? Kesan kuning, kesan hitam, insyallah boleh hilang dengan tawas. Ni Aisyah la ajar. 😎

Next, sambung kegunaan tawas untuk orang laki pulak.

2. UNTUK LELAKI

Boleh digunakan sebagai aftershave untuk kurangkan pendarahan akibat pisau cukur. Golek-golek je kat muka macam uli roti ok? Lepas tu terus hensem.

3. GENERAL USE

Boleh guna sebagai pencegah siput babi pada tanaman.

Hancurkan tawas, campur 1 sudu besar ke dalam bekas siram pokok, air 5 liter.

Siram je pada tanah yang ada siput-siput tu. Nanti matilah siput dan telurnya sekali. (Saya pun baru tahu. Esok nak bagitau mak 😍).

Kesian mak, pokok selalu kena serang siput. Kalau siput sedut bolehlah buat lauk, ni siput babi, taktau nak buat apa. 😐

Siapa tau kat mana nak cari tawas?

Boleh cuba cari di kedai India yang jual rempah.

Tawas akan licin sendiri bila selalu basahkan dengan air. Makin kita sapu kat badan, makin dia terpolish sendiri. Jadi jangan risau pasal tajam-tajam tu.

#masturarashid
#masturatheherbalist
#argonvalley

Jus Kunyit Dan Orange

JUS KUNYIT + ORANGE

Mak kata elok untuk bagi kemas badan, tak masuk angin, kecut peranakan dan panas.

Perempuan kalau peranakan jatuh, kembang, memang akan dapat banyak masalah kemudian hari.

Mak selalu cerita, arwah nenek (ibu mak) walau dah berumur 80 tahun, seurat uban pun tak ada. Hitam je rambut. Arwah nenek yang kami panggil tok wan memang kuat jaga badan. Rapi je badan dia, tak pernah sakit masalah perempuan.

RESIPI

Orange 2 biji (dikupas dan buang empulur)
Kunyit 2 inci
Gula sikit atau madu
1 atau 1.5 cawan air

BLEND SEMUA, BOLEH ASINGKAN UNTUK PAGI DAN PETANG. MINUM SEKALI HAMPAS, TAK PERLU TAPIS SUPAYA PERUT KENYANG LAMA. HAMPAS = EXTRA FIBER.

#masturarashid
#argonvalley