Aturan Pantang Orang Melaka

Ni kakak ipar saya, orang Melaka. Kak Ida nama dia. Waktu ni dia bercuti ke Flores. Nampak tak kayu manis di bahu lelaki belakang dia? Tu baru habis mengutip kayu manis flores, baru habis trekking 3-4 jam di dalam hutan.

 

 

#aturanpantang
Negeri: Melaka

Siapa pernah makan nasi lemak sotong bawah POKOK KETAPANG di Gombak? Nasi lemak ni memang power sungguh. Cepat je habis!

Kalau bangun #subuhdinosor alamatnya memang tak merasa la nasi lemak power ni.

Paling power sekali sambal sotong dengan kuih tepung bungkus dia.

Yang berniaga, mak ayah kakak ipar saya, orang Melaka.

Pakcik pagi-pagi selalu jogging keliling area situ.

Oh, apa yang saya nak cerita ni pasal makcik (mak kakak ipar).

Makcik memang suka celoteh. Celoteh dia, penuh isi. Bukan celoteh kosong. Kalau bab masak, bab jaga anak, bab orang perempuan, memang seronokla borak dengan dia. Selalu je dia pesan macam-macam hal orang perempuan ni.

Tegas tapi cukup nak tampar kesombongan kita yang macam #qarun ni.

Baru ni, saya tanya kakak ipar (kak ida) , apa aturan pantang yang mak dia selalu turunkan.

Sebab tengok kak ida kalau lepas habis pantang memang slim dan cantik je. Muka pun bersih merah.

Ni ada orang lepas habis pantang muka dah macam#maklampir, badan pulak kembang macam#fionashrek.

Takyah cakap orang lain, ni ha diri sendiri pun sama. Double the fiona.
Ni lah baru betul masuk bakul angkat sendiri.

Ada mak yang banyak berpesan pun, selalu je ambik mudah banyak perkara.

ATURAN PANTANG ORANG MELAKA

1) Wajib bangun pagi-pagi. Bukan bangun subuh dinosor.

– Memang dah maklum kak ida jenis bangun awal sebelum subuh. Subuh-subuh lagi dah siap sarapan dan bekal anak-anak.

– Setiap pagi, rumah mesti bervakum. Pergi rumah dia, licin takde habuk satu pun.

– Tulang ringan yang amat. Patutla kak ida boleh daki gunung flores yang berjam-jam tu. Kalau saya, Fiona dah #pengsan kat kaki gunung lagi.

2) Berurut selepas seminggu atau dua minggu untuk bersalin normal.

– Tak berurut awal sebab badan dan urat masih kembang.

– Jadi awal-awal tu makan dulu jamu dan ubat. Mulakan dengan bertungku dulu bagi urat kecut dan badan hilang bengkak.

– Berurut waktu urat masih kembang memang sakit. Sebab tu waktu saya bentan dulu, opah yang mengurut saya tak bagi saya terus berurut, tapi dia suruh saya bertungku dulu, rehat dan jangan banyak bergerak.

3) Pakai bengkung jawa yang lilit-lilit 12 meter tu. Bukan bengkung 1 meter yang nak lilit perut pun dapat separuh saja ok? Bukan bengkung plaster zap zap. Ini wajib bengkung jawa 12 meter, lilit dari bawah punggung sampai ulu hati. Tidur pun mesti berbengkung. Tak dapat nak golek-golek macam Fiona.

– Tak pernah tengok kak ida montel macam saya. Kurus dan slim sepanjang masa.

– Cergas yang amat. Mak sampai puji, tak pernah tengok kak ida rehat bermalas-malasan atas katil.

– Mengandung pun cergas, bergerak ke sana ke sini. Takde pengsan macam saya atas katil, pastu makan tidur makan tidur waktu mengandung. Dari 65 kg naik 95 kg, lepas tu nak bawak badan berat macam #belon terapung.

4) Sebelum pakai bengkung, masak limau nipis dengan kapur dalam tin susu. Dah sejuk, sapu kat perut. Alas kain nipis, then baru pakai bengkung.

– Teringat kak ida kata, gatal memang gatal, tapi stretchmark langsung takde. Hilang dan kecut. Perut buncit cepat kempis. Siapa nak try? Bukan dalam pantang pun boleh, tapi kena tahan gatal dan merenyam la. Proses bakar lemak.

5) Lepas dah siapkan diri, dah mandi, dah berbengkung, lepas tu baru bersarapan. Bukan bersarapan dulu baru mandi dan bersiap. Time tu perut pun dah penuh kena sumbat makanan. Macamana nak tarik nafas waktu nak berbengkung, kan?

– Reason kenapa mesti bersiap dulu, supaya waktu makan, perut kita rasa cepat penuh sebab dah bengkung. Ni selagi tak berbengkung, selagi tula sumbat..sumbat..sumbat dalam perut, atas alasan takut baby tak cukup susu.

6) Rambut mesti diikat ketat, lepas tu sapu pilis.

CARA BUAT PILIS:
Buah pala
Kayu manis

Gosok kedua bahan belakang pasu, dah dapat pati, bubuh air sikit.

Lepas tu, sapu kat dahi supaya tak masuk angin meroyan.

7) Air batu, air sejuk is a BIG NO. Air suam pun catu. Mesti minum air herba. Minum banyak air nanti urat kembang.

– Jangan curi-curi minum air dalam peti tau. Nanti dah tua baru tau apa akibat tak pantang betul.

8) Semua sayur tak boleh makan.

– See, lain orang, lain cara pantang. Mungkin dipercayai semua sayuran sifat dia sejuk.

9) Paling lewat mandi pukul 6 petang. Tak boleh mandi senja. Mesti ada yang mandi pukul 10 malam sebab tak selesa kan?

– In case anda bersalin malam, please jangan pergi mandi. Tunggu pagi saja. Tapi please bawa bengkung ke hospital. Kalau bersalin normal, dah siap mandi, pakai bengkung siap-siap. Nak jalan pergi tengok anak kat NICU pun selesa sikit waktu berjalan.

10) Wajib berstokin, berlengan panjang. Minyak mesti sapu seluruh badan supaya tak sejuk dan angin tak masuk.

– Please pakai at least stokin. Pernah tak kena bentan sebab angin masuk ikut kaki? Menggigil-gigil, macam kancing gigi. Pakai 5 helai selimut pun tak lut. Kalau jadi macam ni, jika anda di hospital, cepat-cepat sapu minyak panas, makan jamu bagi panas badan. Ambik hot water bag, isi air panas dan tuam badan.

– Kalau jadi bentan di rumah, bertungku terus. Serik dah kena bentan masa duduk di hospital. Sejuk sangat. Pakai stokin panjang pun angin tetap masuk. Minta sampai 5 helai selimut gebar tu kat nurse pun tak lut juga, masih menggigil. Aircond pulak centralized, tak boleh off.

11) Minum kopi dalam pantang boleh. Teh angin. Milo angin dan sembelit.

Boleh imagine pakai bengkung bermeter-meter? Pengsan. Nak pusing-pusing badan. Tak hairanlan badan kemas dan ramping.

Ada orang Melaka nak kongsi tak cara pantang didikan mak dan nenek moyang?

#masturarashid
#argonvalley

Jangan Salah Pilih Batu Tungku

JANGAN SALAH PILIH BATU TUNGKU
(#baca sampai habis)

Okay,
APA CIRI-CIRI BATU TUNGKU YANG ANDA PILIH?
1. Jenis batu
2. Saiz batu
3. Berat batu
4. Bentuk batu
5. Apa kegunaan?

Batu tungku yang dalam gambar ni adalah batu tungku dari BUKIT. Pagi tadi mak panaskan. Tiap-tiap hari pun bertungku walaupun tak bersalin. Haaa, siapa ada batu bukit angkat tangan βœ‹! πŸ˜‰

Biasanya kan, batu tungku yang paling senang kita nak dapat ialah batu sungai, kan? Tapi kalau anda nak tau, batu sungai bahaya. Boleh meletup dan pecah waktu dipanaskan.
Kenapa? Sebab sifat batu tu sejuk. Dah duduk dalam air berpuluh atau mungkin beratus tahun, bila kita buat sebagai batu tungku, struktur dia cepat rosak.

Dah rosak, lama-lama merekah dari dalam, nasib tak baik, tengah panaskan, booomm! Pecah kena muka anda. Habis muka yang cun macam Selena Gomez tu berdarah sana sini. Kalau KENA MATA? 😱😱 Okay that’s #scary. Ternganga mulut dengar mak cerita tadi. Nasib mak baik sebab batu sungai yang mak pernah guna dulu tu pecah waktu mak kat luar dapur.

JADI APA JENIS BATU KITA NAK PILIH?
Pilihlah batu bukit. Batu bukit sifat dia panas. Duduk atas tanah, dah sesuai dengan keadaan panas melampau. Panas macamana pun memang takkan pecah. Percaya tak kalau saya katakan batu bukit dalam gambar tu dah berusia 20 tahun? πŸ˜‰

NAK PILIH BENTUK MACAMANA?
Ikutlah nak guna untuk apa. Kalau nak guna untuk tungku tapak kaki, seeloknya pilih yang leper. Boleh letak kaki atas tu. Serius sedap! Rasa lega urat-urat. Kaki kita kan pusat saraf. Betul tak?
Kalau nak guna untuk tungku badan, pilih yang sederhana besar dan bulat.
Oh, kalau anda terpaksa tungku sendiri, pilihla yang bulat dan kecik sikit. Takdelah berat. Jangan pulak rasa nak cepat sihat, pergi cari batu bukit besar macam gymball. πŸ˜…πŸ˜… Serius anda takkan dapat bangun sampai bila-bila. #selamattinggalromeo

Okay, otak tengah tepu, nak skodeng rumah orang pulak sekarang. 😝

PS: Ada yang guna tungku besi kan? Saya pernah guna tapi berat dan tak sedap sangat macam batu. 😊

#argonvalley
#tipssihatargonvalley
#batutungku
#batubukit

Tak Minum Hampas Jus Kurus Keding? Buat ni.

 

Aloha!

Happy sunday people!

Mesti ramai harini yang bawak anak jalan kan?
Ke mengfionakan diri di rumah macam saya?

Best kan dapat golek-golek atas katil sambil tengok movie, kunyah-kunyah cikedis. Sayalah tu sekarang.

Oh, semalam saya buat delivery delima. Lama dah tak buat delivery.

Bawah ni #kronologi (macam jenayah pulak) delivery sepanjang menjadi despatch housewife (bukan#desperatehousewives ok?).

2015 buat delivery #jagungmutiara Cameron Highlands (original jagung cameron, bukan ipoh). Page Jamae Shop 자맀 κ°€κ²Œ yang asal adalah page jual jagung cameron.

2016 buat delivery kacang dan #kimchi, tteokboki. Siap ada page Lubok Kacang – Murah & Bersih. Mula-mula buka untuk kejiranan Melawati je, lepas tu merebak ke orang luar.

2017 buat delivery #importedfruits pulak. Ambik direct dari importer.

Jual buah dan jagung cameron antara favourite moment saya. Seronok sebab 2 benda ni makan tak puas. Bila jual #kacang, nak makan pun dah muak. Nak buat #batuseremban pun takde mood.

Dengan jagung, macam-macam boleh buat. Puding jagung, bubur jagung, air jagung, jagung bakar, rebus, umpan #tikus pun boleh.

Buah boleh ratah macam tu je dan buat jus.

Sekarang, untuk delivery kimchi dan buah-buah kecik, saya dah ada runner tetap.

Takde dah kelam kabut nak deliver sana sini, bawak anak, hadap anak berperang dalam kereta, berhenti makan, rehat. Huish #penat!

Sekali beli cikedis nak bagi anak senyap dalam kereta dah RM30, sekali berhenti makan untuk 5 orang (#bilalmiqdad baby lagi masa tu) dah RM40-RM50), pastu kadang-kadang tengok Mcd nak beli, tengok Subway nak beli, Dunkin Donut pun!

Omg..baru perasan, padanla jadi #fionashrek tanpa notis.

Lepas makan-makan, berdengkur pulak dalam kereta. Good!

Nasib baik muat lagi masuk kereta sampai sekarang. Seatbelt pun boleh belit badan lagi. Fuh!

Eh, lupa lah. Sebenarnya nak cerita pasal,

APA YANG ANDA BOLEH BUAT DENGAN HAMPAS JUS KURUS KEDING?

Semalam ada follower saya tulis jus kurus keRing.

Tengah imagine rupa orang kurus kering macamana. Dapat bayangkan rupa orang anorexia je.

Okay,

Tengok gambar bawah ni.

Ni kawan baik saya, Aisyah Shoaib Ischa. Kreatif makcik ulam ni.

Dia guna hampas jus ni untuk bagi cantik kulit muka dan hilangkan stress.

Kalau anda batuk, tak lalu nak telan hampas tu, bolehlah tapis dan tepek kat muka. Kulit pun jadi cantik, bersih dan licin macam kulit aisyah ni. Bukan untuk putihkan kulit, tapi bagi cerah, bersih dan glowing.

Makcik ni kalau jumpa kat luar, lagi nampak real kilat kulit muka dia.

PS: Ada benefit lain yang effective jugak untuk sesiapa minum jus kurus keding ni. Macam superjuice dah.

#masturarashid
#masturatheherbalist

Jus Kurus Keding (original)

JUS KURUS KEDING
(#senang sangat!)

  • Ada edit letak Q&A*

OK, Siapa azam tahun baru dia nak kurus dan cantik jelita? Baik ngaku cepat.

Sayalah tu..βœ‹βœ‹πŸ˜‚

Ok, harini saya minum JUS KURUS KEDING.
(#acahje takdelah sampai keding)

Fresh juice, fresh fruits.

Sangat BERKESAN ok!

Sebelum ni mak saya yang minum, hasilnya memang dia loose weight banyak sangat dan tobat taknak minum dah. Ni hari ke-3 saya minum.

BAHAN (untuk stok 3 hari):
2 biji green apple
2 biji medium-sized carrot
1 biji navel orange (besar) atau 2 biji limau sunkist
2 inci halia
2 cawan air sejuk

 

 

CARA:
Blend semua, takyah tapis sebab dah halus. Dan hampas tu sumber fiber, buat kita kenyang lama sikit. Tambah gula/madu. Gula jangan banyak tau. Nak jadi Cinderella ke Fiona Shrek? Nak jadi Fiona, gula tambah 10 sudu. Madu takpe banyak, tapi guna madu asli je.

ATURAN:
Minum setiap pagi, sebelum sarapan. Kalau ada #gastrik, alas dulu perut dengan makanan ringan seperti roti atau biskut. Lepas minum jus, rehatkan perut, biar proses detox dan pengkurusan berjalan, dan jampi sambil hala lidi kat badan sendiri “Baba thin sheep, kuruslah kau wahai (sebut nama sendiri).” Acah-acah #harrypotter. 14 hari kena jampi, memang kuruslah.

Q&A JUS KURUS:

  1. Pregnant dan BF boleh minum?

Boleh. Bagus sangat untuk baby. Dapat best nutrients dan vitamin buah-buah.

  1. Pantang boleh minum?

Yes, boleh. Jangan bubuh green apple. Bisa. Guna carrot, halia dan orange saja. Nak jadi cinderella ke mak lampir? Pilih. πŸ˜‰

  1. Kata boleh minum 3x. Camne tu?

Baik adik, kakak, makcik. Dengan jumlah bahan dan 2 gelas air tu, jus dapat 1 jug kecik. Sehari segelas je minum. Lebihan simpan peti. Jangan letak luar. Nanti rosak. Nak kurus sebab jus ke sebab cirit birit? Pilih. 😚

  1. Berapa kg boleh terbakar? Kenapa 14 hari challenge?

First, bergantung pada umur dan tahap metabolisma badan. Makin kita berumur, makin slow proses pembakaran lemak. Halia membantu tingkatkan tahap metabolisma badan. Jadi lemak cepat terbakar. Apple hijau pun boleh pecahkan lemak. 14 hari challenge untuk mudahkan kita yang baru nak start. Just nice untuk kekalkan konsistensi dan motivasi. Boleh monitor juga berapa kg turun, setiap 7 hari.
Boleh tak jangan belasah nasi lemak 2 pinggan macam saya semalam lepas minum jus kurus? Jadi fiona la selamanya.

  1. Saya nak jadi cinderella. Boleh ke?

Jadi mak lampir pun boleh. Teknik saja berbeza. Nak jadi mak lampir kena belajar lepas rambut, mengilai, biar gigi karat, panjat pokok. Nak jadi cinderella, kenalah amalkan jus ni, buatlah workout serba sedikit walaupun sekadar stretching, avoid fast food, oily food.

Selamat jadi #cinderella
Selamat tinggal dunia #fionashrek
Cantikkan diri untuk #suami
Tapi jangan esok lusa kurus keding sampai orang ingat #papankatil

Ps: Oh nanti saya share slimming tea dari pure cinnamon (bukan kayu manis tebal dan keras fake kat rumah tu. Itu dipanggil cassia, kandungan kimia tinggi). Tapi ini kayu manis dari hutan. Makan saja pun dah manis.

#follow saya untuk petua mak, tips kecantikan dan makanan pantang. Tengok #album yang saya up di wall.πŸ’—

#share jika bermanfaat. πŸ‘

#like dan #komen jika suka. 😍

#masturarashid
#thecolourfullady
#argonvalley

Jus Merah Kulit (original)

JUS MERAH KULIT
#seriustaktipu

Haaa haritu punyalah ramai yang nak kurus keding sampai viral habis jus kurus keding. πŸ˜‚ #pecahrahsia

Sekarang siapa nak kulit dia cantik dan pipi merah-merah tak payah pakai #blusher?

Saya jugak la tu. βœ‹βœ‹πŸ˜

Nak merah macam baru lepas kena tumbuk pun boleh, nak merah sikit macam kena cakar kucing pun boleh. Pilihan anda adalah rahsia. #diamdiam je, takyah mention sini. 😎

Jus delima ni memang jadi amalan saya dan mak di rumah. Setakat ni saya dah takde masalah kulit naik jerawat teruk ke, gatal ke, sejak back to natures. 😎

BAHAN:

Delima 1 biji
Air sejuk 1 cawan

CARA:

Kopek delima, keluarkan isi, blend je semua.
Guna blender, dapat air delima warna purple sebab blend sekali dengan biji.

Kalau ada cold pressed juicer macam hurom tu lagi bagus. Dapatla air delima warna merah menyala #makngah.

Khasiat tetap sama.
Oh tak perlu tambah gula. Gula boleh ganggu nutrisi asal dalam buah. Takut nak dapat Vitamin C, dapat pulak vitamin Z. #acahje

ATURAN MINUM:

Sukahati.
Asal jadi sihat, berseri, merah pipi, dan comel.

πŸ‘‡πŸ‘‡

Selain dari cantikkan kulit, delima pun boleh:
(#tambah ilmu pengetahuan tentang khasiat)

1. Tambah darah – bagus untuk orang ada anaemia, terutama ibu mengandung yang HB dia low (macam saya dulu). Scary nak bersalin bila hb low tau. Bagus untuk ibu dalam pantang. Bagi berseri, hilang pucat.

2. Cegah sakit jantung – sebab delima boleh kurangkan kadar kolestrol jahat nirrojim yang ada di dalam saluran darah. Fuh!

3. Kurangkan tekanan darah tinggi – makcik pakcik yang ada tekanan darah tinggi saya #fionashrek yang comot ni nasihatkan makan delima banyak-banyak ya. #muahciked untuk makcik

4. Tingkatkan imun sistem badan – barulah bakteria dengan virus nirrojim tak dapat masuk. Kalau dapat masuk pun, insyallah cepat baik dari sakit yang common macam selesema, batuk, demam, luka.

5. Rawat masalah tak subur – ada masalah tka subur, nak cuba conceive, bolehla ajak suami sekali belasah delima 5 kotak sehari. Mana tau ada rezeki, boleh mengandung. πŸ˜‰πŸ˜˜

6. Cegah kemurungan – okay, kalau nampak kawan tengah #stress senyap tak berkata apa atau meroyan, please jangan ingat jin masuk badan dia. Bagi je segelas jus delima. Belanjalah segelas, dah nama pun #kawan kan.

7. Bantu kurangkan berat badan – nak keding selain dari jus kurus keding dan teh bakar lemak perut? Okay makan delima banyak-banyak. Besok dapatlah jadi bini popeye pulak.

8. Cegah tua awal – perasan tak ada makcik pakcik kulit tegang, muka bersih, merah dan nyaman je bila tengok dia? Mesti dia banyak makan delima. Kulit pun tak cepat kendur sebab delima bantu supply #kolagen badan. Dari dapat panggilan makcik, esok lusa dapat panggilan #baby. πŸ‘Ά

9. Rambut kusut mengerbang macam #maklampir? Makan delima banyak-banyak. Nanti rambut pun sihat, cantik berkilat macam kena minyak zam-zam hijau tu. πŸ’‡

Dua tiga arnab berlari
Mana nak sama si arnab belang
Makan delima cantik berseri
Merah pipi bak dicakar orang 😱

PS: Kulit delima boleh keringkan, dan rebus untuk dibuat minum. Elok untuk orang sakit buasir, dan cegah risiko baby kuning bila minum waktu mengandung. πŸ˜‰

#follow dan check #album /#post petua mak, tips kecantikan, kesihatan saya share di wall 😍

#like dan #share kalau suka dan rasa bermanfaat 😘

#masturarashid
#masturatheherbalist
#argonvalley

MEROYAN #PART 1

MEROYAN, SIAPA DAN KENAPA?

 

Baru saya tau, simptom meroyan ni, pada semua wanita sama je.

 

Apa mereka fikir dan buat waktu hilang akal, sama je.

 

Cuma yang berbezanya, jenis-jenis meroyan. Lepas baca jenis meroyan dari bidan NR yang famous siti aishah tu, teruk rupanya perlakuan orang meroyan ni.

 

Salah satunya rasa nak bunuh diri dan anak-anak! 😣😣

 

Kedua, rasa hodoh sepanjang masa. Trauma akibat perubahan bentuk badan dan parut-parut yang takmau hilang.

 

Ketiga, mood swing dan kemarahan tak terkawal.

 

Keempat, kebencian meluap-luap yang tiba-tiba pada ahli keluarga sendiri, terutamanya anak dan suami.

 

Kenapa 2 ini target utama?

 

Sebab anak-anak punca keserabutan dan keletihan, manakala suami pula punca kesunyian dan rasa terpinggir.

 

Kelima, kesedihan melampau tiba-tiba.

 

Keenam, rasa kosong, blank dan tiba-tiba jadi seperti orang bodoh. Tak boleh fikir apa-apa. Otak tak berhubung orang kata.

 

Percaya tak waktu ni kalau tanya mereka, 2+2 berapa, mesti mereka akan pandang kita dengan pandangan yang kosong saja macam si dungu.

 

……….saya percaya ramai mak-mak yang pernah ada, walaupun sedikit perasaan macam tu, kerana ketiadaan ME time, sakit belum pulih dan tiada sokongan, bantuan famili. Tapi lebih ramai yang tak tau pun mereka ada simptom meroyan. Lepas dapatkan consultation dari pakar baru tau rupanya ada. πŸ˜–πŸ˜–

 

Ps: Dan meroyan ni, bukan hanya terjadi selepas bersalin saja, tapi boleh juga terjadi pada bila-bila masa walaupun dah lama bersalin.

 

Please help your family members jika ternampak ada keanehan dalam tingkahlaku.

 

Janganlah sesekali kata mereka mengada, gila atau jauhkan diri. Keadaan akan bertambah buruk. Sangat bahaya, sebab melibatkan nyawa ibu dan anak. Jangan kecam, marah, tapi bantu please.

 

#masturarashid
#postnataldepression

TEH BOM LEMAK PERUT

TEH BOM LEMAK PERUT
(#kacang sangat!)

Haaa mesti terbeliak mata dengar nama teh ni kan?

Serius, teh ni mampu cairkan lemak kat perut macam bom.

Asal makan makanan berlemak je, mesti lemak tak dapat berumahtangga kat perut. #suka la tu

Ok, kayu manis yang saya guna ni, memang kayu manis asli. Mudah patah dan wangi semerbak. Buat kek, roti, masak, teh memang wangi!

Please semua jangan guna kayu manis yang tebal di rumah tu. Itu nama dia cassia. Tak sesuai dimakan, diminum dan guna untuk kecut jerawat. Jangan rosakkan muka. Cassia tinggi kandungan coumarin, 63x lebih tinggi dari kayu manis asli. Bahaya, boleh rosakkan hati ok? Jap lagi balik rumah, ucap #selamattinggal romeo kat dia.

 

BAHAN:

2 batang kecil kayu manis, blend hingga halus
2 sudu madu/gula batu

Serbuk kayu manis dan madu asli. Please guna madu asli. Bukan madu supermarket yang high sugar sangat tu. Nak jadi Fiona Shrek atau Cinderella? Pilih-pilih.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CARA (pilih nak yang mana)

  1. Blend kayu manis, ambik 1 sudu kecik, isi dalam air panas segelas, dan tambah madu.

  2. Rebus kayu manis sampai keluar wangi dia, tambah gula batu. Biar suam.

  3. Taburkan sesudu kecik dalam #juskuruskeding yang saya ada share sebelum ni, minum. Omg…tak kurus jugak taktau lah.

  4. Jadikan kudapan. Serius kayu manis asli ni boleh gigit-gigit, manis sangat! Semut pun merayap-rayap lagi atas dia.

 

ATURAN:

Minum SETIAP KALI selepas makan sarapan, tengah hari atau malam. Jangan lupa jampi sekali sambil ambik pencungkil gigi hala kat diri sendiri.

Kali ni tukar sikit jampi,

“Dua tiga kucing berlari, kuruslah kau Mastura kejap lagi!”

Ramai-ramai please jampi saya. Supaya mudah saya kurus taknak jadi #fionashrek dah.

 

Q&A:

  1. Eleh tipulah, yeke boleh kurus?

Eleh, dengki la tu orang nak jadi #cinderella.
Nak kurus, mesti disiplin. Lepas minum teh ni, badan akan berpeluh. Good combination, minum sekali dengan jus kurus keding 14 hari tu. Buatla stretching sikit kat ofis ke rumah ke. Jangan duduk je macam batu.

  1. Ada apa dengan cinta? Eh cinnamon? Sampai boleh kurus pulak.

Okay, first, kayu manis sangat berkesan untuk elakkan lemak berkumpul di perut.

Second, kayu manis boleh kurangkan rasa nak makan. Elok-elok tengah mengidam kek 10 biji, jadilah mengidam sebiji je. Kan sopan sikit tu. Manis kayu manis ni sendiri boleh jadi pengganti gula-gula atau apa saja desserts yang kita suka. Dari makan tu semua yang ada macam-macam entah apa-apa tak reti nak sebut, baik kudap-kudap kayu manis ni.

Third, ni paling anda suka. Jawapan kepada soalan ni. Kayu manis sangat berkesan panaskan badan dan tingkatkan metabolisma badan. Tinggi metabolisma, tinggilah peluang kurus.

Keempat, paling bagus untuk yang masih belajar. Kayu manis boleh tingkatkan memori dan imun sistem badan. So, malam nanti nak stay up, kunyah 1 kg ok? Esok sure jadi #alberteinstein!

  1. Pregnant, bf mommies dan dalam pantang boleh minum?

Ya untuk semua.
Dalam pantang kalau anda minum teh kayu manis, anda akan rasa lega dan release stress. Bau yang menusuk kalbu, menggetarkan jiwa tu sangat mendamaikan. Eh, lagi cepat kurus dalam pantang.

  1. Kalau ada penyakit kritikal boleh minum?

Disebabkan saya bukan doktor, dan juga bukan scammer yang acah-acah too good to be true, saya nasihatkan dapatkan nasihat doktor dulu ok? Doctor first, then baru decide nak minum atau tidak. Kayu manis juga ada agen pencair darah. Takut jika anda sedang makan ubat pencair darah, ada tindakbalas tak normal nanti.

Okay, jangan lupa jampi, jangan lupa minum dan belanja saya kek kalau dah kurus. #acahje

Sama-sama cantik untuk #suami
Rambut takpe mengerbang sana sini
Jangan #lemak je bergoyang sana sini
Good luck!

 

PS: Boleh dapatkan kayu manis asli Flores dari saya.

#follow saya untuk dapatkan petua mak, kecantikan dan kesihatan. Check #album di wall.

#like dan #komen jika anda suka dan rasa bermanfaat.

#masturarashid
#masturatheherbalist
#argonvalley

Halia bara dan khasiatnya

Tak tau apa dalam English. Yang penting, it’s in ginger family.

Dalam FB saya, ada yang tanya macamana rupa halia bara. Ni rupa dia lepas mak korek dari pasu tadi. Tengok rupa asal pokok halia bara di dalam pasu.

Halia bara ni mak kata susah nak dapat benih. Sesusah halia bentong. Tak ingat mak dapat dari mana, rasanya saudara yang bagi. Lupa tanya mak tadi. Even anak pokok sireh pun saudara yang bagi.

Okay, apa kebaikan halia bara berbanding halia biasa? Halia biasa kat supermarket tu, import dari China. Tapi halia bara, halia bentong, adalah local. Halia bara lebih pedas dari halia bentong. Dan halia bentong pulak lebih pedas dan berkesan dari halia china. Tak pasti berapa harga halia bara kalau beli di pasar. Kalau halia bentong, mak pernah beli dulu RM25/KG.

Halia bara dan khasiatnya

1 .Β Cegah mabuk perjalanan dan morning sickness
Selalu travel dan alami mabuk perjalanan? Anda boleh cuba kunyah halia bara. Jika pandai buat jeruk halia, cuba buat dan simpan siap-siap dalam beg. Wanita mengandung yang sering alami morning sickness juga boleh cuba amalkan, kerana ia sangat membantu dalam meredakan mabuk dan mual.

2 .Β Rawat masalah pencernaan dan kembung perut
Mereka yang mengalami masalah pencernaan dan usus, boleh mula amalkan halia bara ini. Sebenarnya apa saja jenis halia pun boleh, cuma kita mahukan jenis yang lebih berkesan dan cepat tindakbalasnya. Jadi, cubalah halia bara. Selain dari merawat masalah pencernaan, halia juga sangat mujarab dalam meredakan kembung perut.

3 . MencegahΒ penyakit jantung

Tahukah anda apa itu aterosklerosis? Ia adalah proses pengerasan lemak, kolestrol, trombosit dan beberapa substance lain di dalam pembuluh darah. Tahu akibatnya? Jika dibiarkan tanpa dirawat, STROK adalah jawapannya. Jadi bagaimana anda boleh mengawal proses ini? Amalkan makan halia bara. Halia mirip dengan aspirin, boleh mengurangkan proses pembekuan darah, mengawal kadar kolestrol dan merangsang aliran darah yang lancar.

Jauhi sakit jantung untuk orang tersayang.

 

4 .Β Anti radang (melegakan kesakitan)
Halia mengandungi gingerol iaitu satu bahan aktif yang memberikannya tahap kepedasan tertentu. Gingerol ini boleh meredakan kesakitan dan keradangan akibat dari penyakit yang dialami. Contohnya, gout. Pesakit gout yang amalkan makan halia, akan dapat merasakan kesakitan yang dialami berkurangan.

5 .Β Ubati batuk dan demam
Sama seperti aspirin, gingerol di dalam halia dapat mengurangkan batuk dan sejuk dada akibat demam atau selesema. Apabila selesema, hidung yang tersumbat dapat dilegakan dengan memakan halia. Halia yang panas, akan membuatkan badan panas, sekaligus mencairkan hingus dan kahak.

6 . Menghilangkan rasa sakit sendi

Selain dari meredakan sakit akibat keradangan, halia juga boleh meningkatkan gerakan sendi dan kurangkan pembengkakan yang berkaitan dengan penyakit rheumatoid arthritis.

7Β .Β Rawat kurap dan panau

Bahan aktif di dalam halia mampu mematikan fungus yang mengakibatkan jangkitan kurap dan panau. Pedih memang pedih, tetapi penggunaan halia mungkin lebih berkesan berbanding krim fungal yang mengandungi steroid.

Lihat gambar, nampak tak kulit halia bara semerah bara api? 😊 Isi dalam putih. Comel dan kecil.

Sekali tumbuh tak banyak.

 

Pandangan dari atas. Daunnya lebat, cuma ubinya saja sikit.

Apabila dah tanam dalam pasu, dan yang hidup pun sikit saja, mak mungkin tak nak jual benih halia bara, sebab hari tu pun tanam hidup, lepas tu mati, tanam balik baru hidup. Agak degil juga halia ni nak hidup.Β Sekarang subur sebab hujan.
Saya sarankan, anda yang nak cuba petua mak yang guna halia, boleh gantikan dengan halia bentong atau halia biasa jika halia bentong pun susah didapati.

#masturarashid
#haliabara
#argonvalley

Hi, selamat datang ke Argon Valley!

Apa khabar?

Boleh beritahu saya dari mana anda datang, dan bagaimana anda tahu mengenai Argon Valley?

Adakah melalui link FB, google search, tumblr, instagram?

Nama saya Mastura, dan anda boleh baca mengenai saya di:

About Me & The Site

“Beauty lies in the eye of the beholder”

Anda tahu apa maksud quote ini?

Bagaimana tahap keyakinan anda terhadap kecantikan diri sendiri? Pernah rasa rendah diri, hodoh, tidak menarik, atau anda rasa cukup yakin dengan ketrampilan diri sendiri? Setiap orang ada sisi cantik dan juga sisi yang tidak menarik. Bagaimana anda kenal kedua-dua sisi tersebut?

Seperti saya sendiri, jika bergambar, saya lebih selesa memandang ke sebelah kiri dan hadapan saja, kerana bentuk muka yang sekata. Jika ambil gambar sambil pandang ke kanan,Β bentuk muka agak..hmm…langsung tak menarik.

Saya akan kongsi banyak lagi tips dan petua kecantikan dan kesihatan. Teruskan membaca ok?

 

Mastura, The Founder