Catitan Ikhlas Bukan Si Penjual Essential Oils

Semalam saya ke HUKM dengan anak saudara. Melawat abang ipar yang buat operation.

Nasib baik husband nak tolong hantarkan. Jimatlah jugak duit Grab Car RM25. 😝

Sebelum bertolak, tiba-tiba saya teringat nak bawa diffuser dan essential oils yang ada.

Buka kotak set essential oils, pilih-pilih, sambil merujuk buku 150 Uses of Essential Oils yang dihadiahkan.

Terus saya pilih stress away dan peppermint.

Sebenarnya, sebelum ni, saya tak tahu pun diffuser tu apa, essential oils tu apa. Saya ingat sama macam pewangi rumah biasa. Rupanya banyak betul kegunaan yang tak dijangka.

Ibarat herba yang dah diekstrak ke dalam bentuk paling mudah guna. Saya tak pernah berminat dengan essential oil pun sebelum ni. Bagi saya sama je semua.

Kebetulan saya ada fragrance oil Rose dari The Body Shop, saya fikir sama je. Untuk mewangikan rumah dan bilik.

Kali pertama pandangan saya berubah 360° adalah selepas habis kelas di Bangi. Jadual yang padat, masa yang suntuk untuk pelajar berebut-rebut bersembang dengan cikgu, buatkan saya makan lewat.

Lepas makan, pekena pulak Caramel Latte Secret Recipe yang sedap macam nak pengsan tu, lagilah masuk angin.

Perut saya sensitif sebenarnya. Waktu perut kosong, atau belum habis hadam makan, saya tak boleh minum kopi bersusu. Mesti akan masuk angin dan migrain teruk.

Betul, dalam perjalanan balik ke rumah, saya dah mula loya teruk. Kalah perempuan baru mengandung ok. Kepala berpusing, sakit dan berdenyut. Kepala dah tersengguk-sengguk macam kura-kura tak cukup tidur.

Minum latte, makan coklat, makan kek, cakap apa benda junk food fiona tak makan waktu kelas. Kalah orang nak pergi camping 10 hari.

Orang belajar, kau sibuk telan kek. Orang dengar cikgu cakap, kau sibuk kunyah coklat dengan orang sebelah. Balik kelas bukan takat migrain je yang datang, lemak 2 kilo pun datang sekali.

Tiba-tiba je nani cakap, “Mas gosok tangan sampai hangat, lepas tu sapu ni kat belakang kepala, dan hidu dalam-dalam.”

“Aik apa tu.” Wangi tak terkata. Bau manis macam candy! Bukan macam minyak angin biasa pakai pun. Bau dia fresh, original dan candy-like.

Nani kata, ni essential oil. Kalau saya pening, migrain, serabut, saya guna peppermint ni mas. Bau ni memang favourite nani. Tak pernah tinggal pun. Dan dia suka letak masuk dalam diffuser.

Saya buat apa yang nani suruh. Betul, memang on the spot migrain saya lega. Rasa loya kurang sangat. Fiona dah tak pening sampai terjuling-juling.

Waktu tengah migrain, tiba-tiba terfikir, macamana rupa saya balik rumah nanti. Dalam keadaan pening, mood hancur, mesti rasa nak rehat je, tapi anak dan suami yang tak jumpa sehari mesti over excited. Tapi bila dah pening, nak melayan pun takde mood. Serabut dan kusut.

Tapi bila dah hidu, sapu peppermint, saya betul-betul rasa refreshed! Datang terus mood gembira. Balik ke rumah, saya menyorok di belakang pintu. Buka pintu bilik, anak-anak yang nampak terus jerit “Ibuuuuuuuuu..!”

Langsung takde rasa serabut atau terganggu. Terus peluk dan berborak macam tak pernah sakit pun.

Buku yang saya ada ni Nani hadiahkan. Kawan-kawan lain tahu saya sangat sukakan herba dan natural remedy. Saya boleh baca dan kaji berhari-hari dengan khusyuk. Itulah benda yang paling saya suka selain menulis.

Seronok baca buku essential oil ni. Banyak buku tentang essential oil dan herba yang dah saya order dari luar negara. Tunggu masa nak sampai je.

Thanks nani!

Disebabkan terlalu suka dengan semua essential oil yang nani suggest, terus saya beli set diffuser harga rm756 dari nani. Memang tak rugi sikit pun. Dapat pulak 3 essential oil dan barang lain percuma. Berbaloi sungguh.

In fact, saya rasa dapat sedikit pahala bila bawa ke hospital untuk bagi suasana bilik yang tenang dan mendamaikan untuk kakak dan abang ipar.

Jaga orang sakit bukan mudah. Dengan letih, mengantuk tak cukup tidur dan tenaga yang digunakan sehabisnya untuk pimpin ke bilik air, sangat mencabar ok.

Semoga malam-malam abang ipar dan kakak dapat tidur dan rehat yang berkualiti dengan bantuan wangian essential oil.

Saya percaya, tak rugi pun dapatkan consultation dari nani. Dia tahu apa yang dia recommend dan beritahu. Orang yang dah study, dan bereskperimen, memang ilmunya berkualiti dan boleh dipercayai.

Saya memang recommend dapatkan consultation dari Nani Rahim kalau nak cuba essential oil yang berkualiti dan organik. Tanya nani, apa essential oil yang sesuai bila anak batuk, selesema, sakit perut, loya dan mabuk.

-fiona bukan penjual eo

Comments

  1. taufiq says:

    aslkm sis.EO kalau nak letak kat disfusser tu kena campur dgn air ke?

    1. argonvalley says:

      ya betul. kalau nak diffuse mesti campur dgn air
      guna diffuser yang betul ya.

  2. koriey1 says:

    Salam puan,blh sy tahu x essential yg puan guna tu harganya mahal tak.

    1. argonvalley says:

      Wasalam. haiii. Saya guna banyak brand. Dari brand young living, now foods, speciality brand dan nature’s alchemy. Harga berbeza2, bergantung pada jenis dan kualiti. 😉

Nak tanya sesuatu?