Dairi Bukan Penjual Essential Oil

Rupanya ramai terfikir yang saya telah diberi info yang salah oleh Nani Rahim tentang 1 titis EO = 75 cawan teh herba yang sama.

Saya minta maaf atas kekeliruan yang berlaku di kalangan sesetengah dari anda, penjual dan pengguna untuk post minggu lepas. Ada juga yang bertanya kepada saya dari mana saya dapatkan fakta tu.

Sisters semua,

Selepas saya diperkenalkan dengan peppermint oleh Nani, saya memang jatuh cinta habis! Bau dia yang candy-like, manis, menyegarkan dan menenangkan, memudahkan otak saya bekerja dengan lebih cekap bila dalam keadaan stress macam ali baba terkurung dalam gua.

Saya juga adalah seorang yang sangat suka membaca, mengkaji dan menyebarkan fakta. Fakta yang disebarkan, bukan hanya yang manis saja. Tapi side effect juga saya sebarkan. Saya bertanggungjawab atas setiap perkongsian saya.

Saya juga NEUTRAL.

BUKAN penjual mana-mana eo. Saya juga sedang menunggu eo jenama lain sampai untuk dibuat perbandingan.

Benar. Lain eo, lain kepekatan, kualiti, gred dan cara guna.

100% pure essential oil tak bermaksud semuanya organik. Organik dengan usda certification, memang 100% organik. Gred juga pelbagai. Ada therapeutic grade, ada food grade.

Saya akan kupas tentang gred produk di post lain, insyallah.

Apapun, jangan risau,

Sis Nani langsung tak terlibat di dalam memberi fakta yang salah pada saya.

Dia cuma bersalah menyebabkan saya asyik nak pakai dan hidu peppermint saja sampai bau peppermint dah melekat di kusyen kereta. Rasa nak makan pun ada ok. 😍

Tapi, untuk pengetahuan anda yang dah panik takut saya diberi salah info, sebenarnya Sis Nani sangat knowledgeable dan very wise dalam memberi consultation.

Saya suka cara Nani bercerita dengan penuh excited tentang kecintaannya pada eo. Penuh minat, penuh tanggungjawab dan yang penting, langsung tak kedekut Ilmu.

Dia juga ulat buku, ulat segala ulat yang baik-baik dan rajin-rajin saja. Tanyalah dia apa saja yang sesuai untuk digunakan bila anak sakit, batuk, sejuk, migrain, insyallah Nani ada penyelesaian dengan campuran eo yang sesuai.

Baca tak kisah Malaeka, anak Suhaili Baharudin yang dimasukkan ke hospital 2 minggu lepas? Eo blend yang dibekalkan nani sangat membantu dalam proses pemulihan malaeka. Hanya roll di tapak kaki je pun. Bukan di makan, diminum atau dibuat air mandian.

Sebab tu Nani berani dan yakin bila menyebarkan apa-apa maklumat.

Okay nak tahu dari mana saya baca tentang 1 titik EO = 75 cawan teh herba yang sama?

Baca di sini.

Wanita dalam link tersebut adalah CERTIFIED AROMATHERAPIST dan Herbalist dan sudah pun menghasilkan buku sendiri.

Artikel saya sebelum ini adalah GENERAL, dan TIDAK tertuju pada mana-mana brand eo pun.

Nak buat makan, nak buat minum, rujuk dulu mereka yang bertauliah.

Saya harap salah faham dapat diselesaikan. Terima kasih pada anda yang pm saya personally tentang ni.

Peace!

Ps: Ingat, eo sangat poten (kuat). Jangan sesuka hati tuang atas kulit tanpa carrier oil. Jangan guna sesuka hati jika anda mengandung atau menyusu.

Gambar bawah: Essential oil dan fragrance oil. Baru tahu perbezaan kedua-dua ni.

-fiona penjual eo 300% organik dari Uganda-

Mastura Rashid

Nak tanya sesuatu?