DETOX KULIT KEPALA, JADIKAN AKAR RAMBUT KUAT DAN RAMBUT TUMBUH SEMULA DENGAN CEPAT

DETOX KULIT KEPALA ELAKKAN LIANG RAMBUT TERSUMBAT DENGAN #KAYUMANISFLORES
.
.
Rutin harian kita bukan sekadar syampu dan sapu hair conditioner saja untuk bagi rambut sihat.
.
.
Pernah tengok tak kat salon ada orang steam rambut guna mesin macam kepala alien tu? Dulu waktu kecik, mak rajin sangat buat rambut guna bendalah tu.
.
.
Waktu fiona kecik jugak, mak suka test stail rambut kat kepala kita dulu. Pernah mak suruh aunty tu potong rambut kita pendek, buat ikal macam Lady Diana, habis buat, magic jadi rambut negro. Kerinting halus-halus.
.
.
Pergi sekolah, kawan ejek, ” Anak negro..anak negro!” Balik rumah nangis. Marah kenapa mak buatkan rambut negro.
.
.
Selamba je mak jawab,
.
.
“Tu rambut Diana la tu.”
.
.
Next week, tukar balik stail rambut. Entah berapa kali kepala jadi bahan eksperimen.
.
.
Ok tau tak, salon-salon guna produk yang ada bahan kimia yang sangat tinggi?
.
.
Nak kerinting rambut, ubat dia adoi pengsan bau stokin busuk.
.
.
Nak lurus rambut, kering rambut guna hair dryer dan hair straightener yang boleh rosakkan akar rambut perlahan-lahan.
.
.
Tu belum syampu yang dia guna kat kepala lagi.
.
.
Jadi, perasan tak, dari kecik sebenarnya kita dah kumpul bahan kimia sikit demi sikit di kulit kepala.
.
.
Tu la sebab kenapa rambut kita mudah rosak, putus, lambat tumbuh, berkelemumur, penuh sel kulit mati dan tersumbat. Belum termasuk lagi saki baki kaki kutu waktu kita kecik dulu.
.
.
Lepas bersalin, dengan perubahan hormon, lagi buatkan kulit kepala kita tambah teruk.
.
.
Lagi teruk rambut yang gugur segan nak tumbuh balik.
.
.
Jadilah kau Gollum dengan jayanya, sambil menyebut, “my precious..my precious…” malam-malam. Laki kat sebelah terketar-ketar ketakutan.
.
.
Dengan masker ni, kulit kepala akan dapat bernafas balik, dan akar rambut akan kembali sihat. Jadi cepatlah rambut baru tumbuh semula. Dengan penggunaan minyak rambut yang betul, rambut yang tumbuh akan jadi hitam dan cantik.
.
.
BAHAN:
.
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayumanis flores
2 sudu besar minyak zaitun
.
Dan
.
2 sudu besar cuka epal (optional) sebagai finishing
.
Minyak zaitun boleh beli yang pure dan organic kalau suka.
.
.
CARA:
.
Gaul 3 bahan pertama tadi sampai sebati.
Lepas dah mandi, boleh lumur atas kulit kepala, pakai shower cap atau tuala untuk balut kepala.
Biarkan semalaman atau min 20 min.
.
Cuci kepala macam biasa.
.
Lumur kulit kepala dengan cuka epal supaya kulit kepala maintain sihat. Tak perlu cuci. Biarla rambut busuk sekejap demi kesihatan kulit kepala sejagat.
.
.
ATURAN:
.
Buat sebagai rutin 3 kali seminggu.
Bagi kulit bernafas semula ok?
.
.
Oh ya, Suhaili Baharudin pun ada share petua baru untuk face, hand, body and hair di group Cantik Moden & Tradisional.

.
PS: Guna kayumanis flores yang organik dan bebas logam berat untuk kesan maksimum.
.
.
Good night! 

#masturarashid
#argonvalley

Baking soda, minyak zaitun, serbuk kayu manis flores, cuka delima (optional).

 

Boleh cuba cari minyak zaitun organic kalau suka dan mahukan kesan maksima.
Hanya RM9 di kedai arab. Mungkin harga dah naik sikit sekarang.
Campuran yang belum dikacau. Lepas dah kacau nanti dia akan sebati, jangan risau.
Dah siap dikacau dan sebati.

Comments

  1. Amran amir says:

    Berapa lama baru nampak perubahan pada kepala tu?

    1. argonvalley says:

      Paling awal 1 minggu boleh nampak.

Nak tanya sesuatu?