Jadikan Ejekan Pembuka Jalan Untuk Berjaya

Sejak kecil, bila kita dah biasa ditanam dengan macam-macam kepercayaan, sampai besar, kita susah nak terima benda baru untuk menafikan kepercayaan lama.

Otak dah tanam kepercayaan tu.
Dah sebati dengan jiwa orang kata.
Ada benda baru datang, walaupun benar, kita susah nak terima dan percaya.

Contoh, orang zaman dulu, percaya bumi ni rata. Bila datang bukti baru, susah diorang nak terima, walaupun benar.

Sama juga dengan anda yang dari kecil pernah diejek, dipulau, dibuli. Dari kecil juga otak dah ditanam dengan perkara-perkara negatif.

“Aku buruk.”
“Aku hodoh.”
“Aku gemuk.”
“Takde siapa akan kahwin dengan aku.”
“Hidung aku senget.”

Lagi teruk orang yang membuli kata.

“Kau busuk.”
“Takde siapa nak kat kau.”
“Gemuk, busuk, lemah.”

Sedih. Otak jadi lemah. Membesar pun jadi orang yang lemah dan kebelakang.

Kenapa tidak,

Jadikan semua kata-kata tu sebagai jalan untuk berjaya.

Post seterusnya untuk anda yang dari kecil hingga besar dibuli dengan macam-macam panggilan.

-fiona pun pernah dibuli ok –

Nak tanya sesuatu?