Halia bara dan khasiatnya

Tak tau apa dalam English. Yang penting, it’s in ginger family.

Dalam FB saya, ada yang tanya macamana rupa halia bara. Ni rupa dia lepas mak korek dari pasu tadi. Tengok rupa asal pokok halia bara di dalam pasu.

Halia bara ni mak kata susah nak dapat benih. Sesusah halia bentong. Tak ingat mak dapat dari mana, rasanya saudara yang bagi. Lupa tanya mak tadi. Even anak pokok sireh pun saudara yang bagi.

Okay, apa kebaikan halia bara berbanding halia biasa? Halia biasa kat supermarket tu, import dari China. Tapi halia bara, halia bentong, adalah local. Halia bara lebih pedas dari halia bentong. Dan halia bentong pulak lebih pedas dan berkesan dari halia china. Tak pasti berapa harga halia bara kalau beli di pasar. Kalau halia bentong, mak pernah beli dulu RM25/KG.

Halia bara dan khasiatnya

1 . Cegah mabuk perjalanan dan morning sickness
Selalu travel dan alami mabuk perjalanan? Anda boleh cuba kunyah halia bara. Jika pandai buat jeruk halia, cuba buat dan simpan siap-siap dalam beg. Wanita mengandung yang sering alami morning sickness juga boleh cuba amalkan, kerana ia sangat membantu dalam meredakan mabuk dan mual.

2 . Rawat masalah pencernaan dan kembung perut
Mereka yang mengalami masalah pencernaan dan usus, boleh mula amalkan halia bara ini. Sebenarnya apa saja jenis halia pun boleh, cuma kita mahukan jenis yang lebih berkesan dan cepat tindakbalasnya. Jadi, cubalah halia bara. Selain dari merawat masalah pencernaan, halia juga sangat mujarab dalam meredakan kembung perut.

3 . Mencegah penyakit jantung

Tahukah anda apa itu aterosklerosis? Ia adalah proses pengerasan lemak, kolestrol, trombosit dan beberapa substance lain di dalam pembuluh darah. Tahu akibatnya? Jika dibiarkan tanpa dirawat, STROK adalah jawapannya. Jadi bagaimana anda boleh mengawal proses ini? Amalkan makan halia bara. Halia mirip dengan aspirin, boleh mengurangkan proses pembekuan darah, mengawal kadar kolestrol dan merangsang aliran darah yang lancar.

Jauhi sakit jantung untuk orang tersayang.

 

4 . Anti radang (melegakan kesakitan)
Halia mengandungi gingerol iaitu satu bahan aktif yang memberikannya tahap kepedasan tertentu. Gingerol ini boleh meredakan kesakitan dan keradangan akibat dari penyakit yang dialami. Contohnya, gout. Pesakit gout yang amalkan makan halia, akan dapat merasakan kesakitan yang dialami berkurangan.

5 . Ubati batuk dan demam
Sama seperti aspirin, gingerol di dalam halia dapat mengurangkan batuk dan sejuk dada akibat demam atau selesema. Apabila selesema, hidung yang tersumbat dapat dilegakan dengan memakan halia. Halia yang panas, akan membuatkan badan panas, sekaligus mencairkan hingus dan kahak.

6 . Menghilangkan rasa sakit sendi

Selain dari meredakan sakit akibat keradangan, halia juga boleh meningkatkan gerakan sendi dan kurangkan pembengkakan yang berkaitan dengan penyakit rheumatoid arthritis.

7 . Rawat kurap dan panau

Bahan aktif di dalam halia mampu mematikan fungus yang mengakibatkan jangkitan kurap dan panau. Pedih memang pedih, tetapi penggunaan halia mungkin lebih berkesan berbanding krim fungal yang mengandungi steroid.

Lihat gambar, nampak tak kulit halia bara semerah bara api? 😊 Isi dalam putih. Comel dan kecil.

Sekali tumbuh tak banyak.

 

Pandangan dari atas. Daunnya lebat, cuma ubinya saja sikit.

Apabila dah tanam dalam pasu, dan yang hidup pun sikit saja, mak mungkin tak nak jual benih halia bara, sebab hari tu pun tanam hidup, lepas tu mati, tanam balik baru hidup. Agak degil juga halia ni nak hidup. Sekarang subur sebab hujan.
Saya sarankan, anda yang nak cuba petua mak yang guna halia, boleh gantikan dengan halia bentong atau halia biasa jika halia bentong pun susah didapati.

#masturarashid
#haliabara
#argonvalley

Comments

  1. Selina Maya says:

    Assalamualaikum

    Rempah Belut 1000 Rahsia (ECZEMA CURE), ibu mengandung boleh amalkan?

    1. argonvalley says:

      Sangat boleh. Kalau mak makan, anak kulit licin & bersih. ☺

  2. Adzah Adam says:

    utk jus kurus keding, kalau beli halia biasa di kedai tu saja, elok halia yg muda ke yang tua?

    1. argonvalley says:

      Halia tua sis

Nak tanya sesuatu?