Jangan Malu Berkulit Gelap, Anda Sebenarnya Sangat Cantik!

Siapa kulit dia gelap atau coklat-coklat manis? Janganlah malu ok.

Sebenarnya anda tergolong di dalam wanita berwarna warni yang paling cantik dan lambat tua ok!

Orang yang warna kulit dia macam ni, sebenarnya sangat beruntung sebab lambat kedut tau. Kulit tahan lasak, heavy duty dan susah rosak. Tapi pelik, ramai jugak yang mengejar nak jadi putih melepak.

Putih melepak, tak semuanya cantik dan bersih. Hitam, coklat pun tak semuanya buruk dan kotor.

Tolong UBAH MINDSET supaya anda tak berasa rendah diri sampai hilang keyakinan.

Anda pernah tak tengok wanita kulit hitam yang paling cantik di dunia?
Cantik dia bukan saja dari rupa paras, tapi kulit pun licin macam porselin, rambut walaupun kerinting halus, tapi LAWA ok?

Fiona 💖 it verrrryyy much!

Berapa ramai orang kulit putih sengaja kerintingkan rambut macam orang kulit hitam? Sebab jeleslah tu. Ada beribu-ribu bangsa di dunia, lain warna lain rupa paras dan lain budaya. Rutin kecantikan pun lain tau. Jadi, terimalah hakikat yang kita adalah individu unik dan RARE.

Tau tak, ada satu negara di benua Afrika (Afrika bukan negara, tapi benua ok), makin hitam dan gemuk si dara tu, makin laku dia macam pisang goreng panas di kalangan jejaka teruna.

Nak tau apa keluarga si dara tu akan buat?

Keluarga dia akan hantar si dara tu pada mak bidan di kampung tu, kurung dan bagi makan 1 kilo daging lembu dan bergelas-gelas susu setiap hari SELAMA 30 HARI supaya gemuk dan mencapai piawaian dibuat bini paling comey lote gojes cikebum cikebum!

Sampai si teruna tak tidur malam, mandi tak wangi dan tak kelip mata pandang si cikebum yang melambai sayang dari jauh.

“Hai cik abam hitam sayang di sana, i lah si dara yang paling besar, hitam dan comey lote cikebum. Pinanglah i untuk jadi suri hati u.” Sambil melambai, tersenyum menampakkan putih gigi saja dari jauh.

Hebat tak?

Makin hitam suami berjemur panas, makin saya sayang. Kerana % hitam suami adalah simbol hard work, kelasakan dan tanggungjawab seorang suami pada isteri dan anak 4 orang di rumah.

Tapi, Anda yang berwarna warni ni, tolong jauhkan diri juga dari gunakan skincare sebarangan ok. Lagi-lagi yang mengandungi merkuri. Bertompok-tompok putih nanti kulit. Sayang kulit berkilat, glossy, licin bak porselin tu jadi cikenpok putih.

Nak tengok gadis-gadis jelita dari afrika tak?

Lepas ni, jangan rasa rendah diri, ok? Tak perlu sangat kejar nak jadi putih. Mat saleh pun tengah mengejar nak hitamkan kulit.

Hitam itu GAYA MUTU KEUNGGULAN. BLACK PANTHER IS SEXY AND GENIUS.

PS: Post ni adalah untuk create awareness supaya anda berbangga dengan warna kulit anda dan tak mudah terpedaya bila disogokkan dengan pelbagai produk pemutih, atau rasa terhina dipanggil si hitam.

Pilih product brightening dan BUKAN whitening. Pilih product yang buatkan kulit nampak bersinar dan lembab, bukan produk memutihkan kulit hingga bertompok-tompok.

Mastura Rashid

Nak tanya sesuatu?