Jus Kunyit Dan Orange

JUS KUNYIT + ORANGE

Mak kata elok untuk bagi kemas badan, tak masuk angin, kecut peranakan dan panas.

Perempuan kalau peranakan jatuh, kembang, memang akan dapat banyak masalah kemudian hari.

Mak selalu cerita, arwah nenek (ibu mak) walau dah berumur 80 tahun, seurat uban pun tak ada. Hitam je rambut. Arwah nenek yang kami panggil tok wan memang kuat jaga badan. Rapi je badan dia, tak pernah sakit masalah perempuan.

RESIPI

Orange 2 biji (dikupas dan buang empulur)
Kunyit 2 inci
Gula sikit atau madu
1 atau 1.5 cawan air

BLEND SEMUA, BOLEH ASINGKAN UNTUK PAGI DAN PETANG. MINUM SEKALI HAMPAS, TAK PERLU TAPIS SUPAYA PERUT KENYANG LAMA. HAMPAS = EXTRA FIBER.

#masturarashid
#argonvalley

Comments

  1. Farizal says:

    Org laki boleh x minum ni

    1. argonvalley says:

      Boleh En Farizal.

  2. tazlin says:

    Sis Mastura, resipi diamalkan berapa kali seminggu?

    1. argonvalley says:

      2 kali seminggu dah cukup sis. Jangan kerap sangat sebab kunyit boleh jarangkan anak dan kecutkan/keringkan rahim.

Nak tanya sesuatu?