Jus Merah Kulit (original)

JUS MERAH KULIT
#seriustaktipu

Haaa haritu punyalah ramai yang nak kurus keding sampai viral habis jus kurus keding. 😂 #pecahrahsia

Sekarang siapa nak kulit dia cantik dan pipi merah-merah tak payah pakai #blusher?

Saya jugak la tu. ✋✋😝

Nak merah macam baru lepas kena tumbuk pun boleh, nak merah sikit macam kena cakar kucing pun boleh. Pilihan anda adalah rahsia. #diamdiam je, takyah mention sini. 😎

Jus delima ni memang jadi amalan saya dan mak di rumah. Setakat ni saya dah takde masalah kulit naik jerawat teruk ke, gatal ke, sejak back to natures. 😎

BAHAN:

Delima 1 biji
Air sejuk 1 cawan

CARA:

Kopek delima, keluarkan isi, blend je semua.
Guna blender, dapat air delima warna purple sebab blend sekali dengan biji.

Kalau ada cold pressed juicer macam hurom tu lagi bagus. Dapatla air delima warna merah menyala #makngah.

Khasiat tetap sama.
Oh tak perlu tambah gula. Gula boleh ganggu nutrisi asal dalam buah. Takut nak dapat Vitamin C, dapat pulak vitamin Z. #acahje

ATURAN MINUM:

Sukahati.
Asal jadi sihat, berseri, merah pipi, dan comel.

👇👇

Selain dari cantikkan kulit, delima pun boleh:
(#tambah ilmu pengetahuan tentang khasiat)

1. Tambah darah – bagus untuk orang ada anaemia, terutama ibu mengandung yang HB dia low (macam saya dulu). Scary nak bersalin bila hb low tau. Bagus untuk ibu dalam pantang. Bagi berseri, hilang pucat.

2. Cegah sakit jantung – sebab delima boleh kurangkan kadar kolestrol jahat nirrojim yang ada di dalam saluran darah. Fuh!

3. Kurangkan tekanan darah tinggi – makcik pakcik yang ada tekanan darah tinggi saya #fionashrek yang comot ni nasihatkan makan delima banyak-banyak ya. #muahciked untuk makcik

4. Tingkatkan imun sistem badan – barulah bakteria dengan virus nirrojim tak dapat masuk. Kalau dapat masuk pun, insyallah cepat baik dari sakit yang common macam selesema, batuk, demam, luka.

5. Rawat masalah tak subur – ada masalah tka subur, nak cuba conceive, bolehla ajak suami sekali belasah delima 5 kotak sehari. Mana tau ada rezeki, boleh mengandung. 😉😘

6. Cegah kemurungan – okay, kalau nampak kawan tengah #stress senyap tak berkata apa atau meroyan, please jangan ingat jin masuk badan dia. Bagi je segelas jus delima. Belanjalah segelas, dah nama pun #kawan kan.

7. Bantu kurangkan berat badan – nak keding selain dari jus kurus keding dan teh bakar lemak perut? Okay makan delima banyak-banyak. Besok dapatlah jadi bini popeye pulak.

8. Cegah tua awal – perasan tak ada makcik pakcik kulit tegang, muka bersih, merah dan nyaman je bila tengok dia? Mesti dia banyak makan delima. Kulit pun tak cepat kendur sebab delima bantu supply #kolagen badan. Dari dapat panggilan makcik, esok lusa dapat panggilan #baby. 👶

9. Rambut kusut mengerbang macam #maklampir? Makan delima banyak-banyak. Nanti rambut pun sihat, cantik berkilat macam kena minyak zam-zam hijau tu. 💇

Dua tiga arnab berlari
Mana nak sama si arnab belang
Makan delima cantik berseri
Merah pipi bak dicakar orang 😱

PS: Kulit delima boleh keringkan, dan rebus untuk dibuat minum. Elok untuk orang sakit buasir, dan cegah risiko baby kuning bila minum waktu mengandung. 😉

#follow dan check #album /#post petua mak, tips kecantikan, kesihatan saya share di wall 😍

#like dan #share kalau suka dan rasa bermanfaat 😘

#masturarashid
#masturatheherbalist
#argonvalley

Nak tanya sesuatu?