Orang India dan Kekuatan Memori Mereka

Saya mengaku, penyakit pelupa yang saya ada sangat teruk. Mengganggu aktiviti harian, mood dan buatkan saya blur secara tiba-tiba.

It’s more like dementia.
Short term memory.

Nyanyuk sebelum senja.

Lama saya cari jalan untuk ubati penyakit lupa ni.

Malu. Belum masuk 40an, baru beranak 4, penyakit pelupa saya lebih teruk dari mak yang beranak 9.

Agaknya kalau ada baby lagi in future, entah-entah saya lupa terus cara pakai kasut.

Pernah, saya lupa cara buat kira-kira bahagi.
Lepas tidur dan bangun semula, baru ingatan tu datang.

Sebolehnya saya taknak makan apa saja melibatkan drugs, kalaulah natural remedy masih boleh diguna pakai.

Tak salah berubat cara semulajadi, asalkan tak membahayakan tubuh badan, dan kita tahu apa yang kita makan.

Malam tadi, saya termasuk satu website .

Tekun betul saya tonton video yang dekat 1/2 jam tu, yang saya tak tahu bila akan habis, sebab accident (tiba-tiba Bilal tertekan X).

Cari semula link tu, saya tak jumpa. Sebab semua pun randomly googled.

Video yang sangat menarik, dan saya agak mungkin akan jadi penawar untuk masalah kenyanyukan yang saya hadapi sekarang.

Teruk ok.

Kalau terganggu sikit perhatian, boleh terus lupa.
Nasib baik saya masih ingat jalan balik ke rumah, masih ingat nama anak-anak, dan PALING PENTING masih ingat siapa suami saya.

Dibuatnya main pegang je tangan mana-mana lelaki waktu keluar rumah, dan claim dia suami saya, macamana? omg. Tak boleh bayangkan.

Saya perasan masalah otak yang kurang berfungsi ni sejak:

  1. Saya selalu bentan di dalam pantang. Lepas pantang pun badan masih belum sihat, otak dan badan jadi lemah.

  2. Ketagihan makan benda manis terutamanya kopi. Dan saya baru tahu, sugar spike boleh menyebabkan disfungsi otak dan kerosakan sel-sel otak. Jadi jambatan-jambatan yang menghubungkan sel-sel otak terputus. Pesakit alzhemeir bila di X-ray akan kelihatan adanya lubang hitam di dalam otak mereka (berdasarkan video yang saya tengok tu).

Please google apa itu penyakit alzhemeir.

  1. Keletihan melampau, dan sejak berniaga dari rumah, saya selalu stay up sampai pagi. Tak dapat tidur yang mencukupi selama beberapa hari, sampai satu tahap, saya seperti lost dan kaku. Mata lebam seperti panda, lesu dan badan tak ada tenaga.

  2. Berterusan buat kerja di komputer atau handphone. Cahaya skrin buatkan saya hilang tumpuan, sakit kepala dan blur.

  3. Pernah depressed teruk tahun lepas dan dalam depression tu, saya makan apa saja. Junk food dan coklat paling banyak.

Nak tahu lebih punca hilang ingatan, boleh baca di link ni.

http://www.health.harvard.edu/…/7-common-causes-of-forgetfu…

http://www.everydayhealth.com/…/5-surprising-causes-memory…/

Okay, berbalik pada video, apa yang ada di dalam video tu?

Video tu menceritakan kisah seorang cikgu sains di USA yang mempunyai isteri yang tiba-tiba saja jadi pelupa. Sampaikan pernah menangis di depan 40 orang muridnya kerana tiba-tiba hilang bicara.

Nota yang ditulis juga jadi tunggang langgang. Dia tak boleh connect apa yang ditulis dan apa yang mahu diajar.

Kemuncak penyakit ini adalah, bila cikgu sains ni suruh isteri dia lukis jam.

Apa yang dilukis sangat mengejutkan!

Bukan jam, tapi hanya sebuah bulatan yang nombornya berterabur, tiada kaki dan tangan menunjukkan pukul berapa.

Dia sangat sedih dengan keadaan isterinya, dan mula memahami. Tapi dia mesti MULA lakukan sesuatu untuk membantu supaya isterinya tak terus lupa. Dan isterinya juga tak mahu sampai satu tahap nanti, terpaksa disuapkan makan, dipakaikan lampin dan mesti dikunci di dalam rumah sendiri kerana dikhuatiri hilang secara tiba-tiba.

Pernah, isterinya dilokap 1 malam kerana jiran di kawasan kejiranan rumah lama mereka yang dah tak dijenguk selama 13 tahun panggil polis apabila melihat seorang perempuan tua cuba mengintai-intai ikut tingkap apabila kunci rumah lama tu pun dia dah lupa yang mana satu.

Nampaknya isteri cikgu sains ni dah lupa jalan pulang ke rumah yang mereka duduki sekarang. Tapi membawa isteri dia ke rumah lama.

Jadi, dia pun bawa isterinya berjumpa doktor.

Doktor X-ray, dan menunjukkan lubang hitam besar yang ada di dalam otak isteri dia. Rupanya sel-sel otak semakin musnah. Jambatan-jambatan sel semakin putus.

Cikgu sains dan isteri sangat sedih. Mereka tak mahu kisah cinta mereka selama 40 tahun hilang begitu saja. Mereka tak mahu anniversary mereka hanya tinggal pandangan kosong. Mereka juga tak mahu nama setiap ahli keluarga dilupakan.

Tapi, waktu ni cikgu sains belum dapat apa-apa hint lagi cara untuk ubati penyakit si isteri.

Tak lama lepas tu, mereka pun mula mencari rumah orang tua terbaik dan terdekat.

Dah jumpa, tak jauh pun dari rumah. Hanya 20 minit.

Waktu survey, isteri dia berjalan dengan penghuni lain ke bahagian lain.

Dan dia, berjalan sendiri sambil melilau sana sini tengok perilaku penghuni lain.

Sambil melilau tu, tiba-tiba dia terhidu satu bau yang sangat wangi, menusuk hidung dan menggoda nafsu makan dia.

Dia pun berjalan mengikut saja ke mana bau tu datang.

Tiba-tiba, dia berhenti di depan satu pintu bilik yang terbuka, dan di dalamnnya ada seorang perempuan India tua sedang memasak. Sangat tua.

Dia pun masuk, beri ucapan selamat dan mula berborak.

Nak tahu berapa umur nenek tu?

107 tahun!

Sambil borak, dia perasan nenek ni bercerita macam-macam seperti remaja yang penuh semangat dan keterujaan. Boleh bercerita memori dari kecil hinggalah tua, di bawa ke rumah orang tua ni.

Dia pelik. Bagaimana nenek yang berumur 107 tahun ni ada ingatan yang begitu kuat.

Dan kenapa isterinya yang baru berusia 50an dah hilang separuh memori dan dalam proses menjadi nyanyuk selamanya.

Apabila ditanya nenek tu, apa tujuan dia ke sini, cikgu sains ni pun bercerita kisah isteri dia.

Oh, nenek ni penuh semangat bercerita pasal kampung dia di India dan dengan bangganya beritahu, di kampungnya, tiada langsung orang-orang tua yang nyanyuk. Semuanya sangat sharp, peka dan ceria.

Dia pun bercerita pasal makanan yang mereka makan sejak kecil,

dan bagaimana makanan ni membantu otak mereka kekal tajam dan peka.

Tiba-tiba cikgu sains dipanggil isterinya.

Tapi balik rumah, dia terus buat kajian pasal kampung yang disebut nenek tu.

Ada yang nak saya sambung lagi tak #part2?
Mungkin boleh membantu kita tukar diet kita, dan amalkan terus untuk perlahan-lahan rawat penyakit lupa.

Ingat, perempuan sangat mudah kena penyakit lupa, terutamanya selepas bersalin.

Orang tua kata, setiap kali bersalin 1 urat besar putus.
Kalau ibu yang bersalin c-sect, lagi teruk condition dia.

Nak tak baca part 2? 😉
.
#share jika rasa dapat membantu
#like #komen jika nak baca next part 😘

#nocopypaste please ✌️

Nak tanya sesuatu?