SETITIK ESSENTIAL OIL (EO) = 75 CAWAN TEH

Sila guna atau consult orang lain dengan berhati-hati. Essential oil (EO) atau minyak pati, sebenarnya sangat kuat. MESTI berhati-hati supaya tak terlebih dos.

Kenapa pulak terlebih dos, sedangkan kita guna atau minum setitik dua saja EO.

Okay, okay, tahu tak, setitik EO sebenarnya adalah sama dengan 75 cawan teh minyak pati herba yang anda sedang guna tu.

Dasyat tak?

Jadi kesan dia terlalu KUAT (POTENT) dan semestinya boleh jadi terlebih dos tanpa sedar, kecuali anda beli EO yang dah dicairkan (DILUTED/BLEND).

Siapa sanggup minum 75 cawan teh chamomile sekaligus?

Sanggup tak minum 75 cawan teh kayu manis sekaligus jugak?

Agak-agak apa kesan terlebih dos ni pada sistem badan ya? Mungkin juga dinding perut akan terhakis, luka, dan menyebabkan ketidakstabilan sistem saraf.

Sebab tu, kebanyakan brand EO akan tulis “Not for consumption.” atau “Please do a patch test first on your skin.”,

Kerana apa?

Kerana kesan dia memang terlalu kuat, pekat dan boleh buatkan terbakar.

Matilah fiona terbongkang 30 purnama tak bangun-bangun, lepas minum setitik dua EO chamomile. Dah kata chamomile untuk pengsankan orang insomnia, ni tak insomnia pun nak minum, memang double actionla Gaviscon kata.

Bangun-bangun, tengok rumah dah berulat dan bersarang labah-labah. “Hello gadisku, kau baru bangun ke?” Encik labah-labah tanya. 🕷

“Aku baru pindah sini, ingat dah mereput kat situ. Tidur balik! Dah bayar ufti kat labah-labah supaya tak makan aku. ” Ulat menyampuk.

-fiona baru tau, Sharing Is Important-

Mastura Rashid

Nak tanya sesuatu?