LEGAKAN KAHAK DAN HIDUNG TERSUMBAT DENGAN SUSU KUNYIT DAN BUBUR BAWANG PUTIH

SUSU KUNYIT SUAM DAN BUBUR BAWANG PUTIH UNTUK BATUK SELESEMA

Masih tak sempat lagi nak bercerita pasal minyak kuda. Haiih…ada je kekangan. Kuda pun dah tidur menunggu cerita dia kena up. 😝
Takpe, kita cerita dulu pasal cara natural untuk legakan simptom batuk dan selesema, sebab ada follower tanya dalam whatsapp petang tadi.😊
Untuk bayi, budak kecik, mungkin tak sesuai minum susu kunyit. Rasa yang tak sedap, dan mungkin terlalu kuat untuk anak boleh buatkan anak muntahkan semula susu tu.
Tapi, doktor selalu pesan, kalau anak muntahkan sekali dengan kahak, tu petanda bagus sebab kerongkong dan paru-paru clear untuk sementara.


Dah lupa pulak nak taip apa.

Tertunda-tunda sampai 1 jam setengah nak habiskan menaip petua ni saja. Sambil menaip sambil borak dengan mak mentua, duduk dalam kereta on the way balik, terlelap lagi, tidurkan anak lagi. Macam-macam.

SUSU KUNYIT SUAM

===============

BAHAN:
2 cawan susu segar

1 inci kunyit muda atau serbuk kunyit asli 1 sudu kecil

1 sudu kecil lada hitam tumbuk atau serbuk lada hitam

Madu 1 sudu besar
CARA:
Panaskan susu dalam periuk kecik. Jangan sampai didih. Masukkan semua kunyit dan lada hitam. Kacau.
Tuang dalam gelas, campur madu.
ATURAN MINUM:
Minum segelas pagi, segelas malam sebelum tidur.
KHASIAT:
Lada hitam dan kunyit adalah anti radang, anti virus dan boleh mencairkan kahak dan hingus.

Tidur malam bolehlah lega banyak. Takdelah tetiba terbangun tidur mata terbeliak sebab sesak nafas.
Ok, bawah ni tips masak bubur bawang putih.
Sebenarnya, waktu #bilalmiqdad sakit baru ni, saya ada tanya doktor, adakah natural remedy berkesan untuk keadaan bilal sakit waktu tu, contohnya bagi bilal bubur bawang putih? Doktor kata, boleh buat tapi antibiotik yang doktor dah bagi, mesti habiskan.
Natural remedy is natural remedy, prevention before and during you sick, but bila dah sakit, jika doktor dah bagi ubat, mesti ikut aturan makan yang betul. Jangan skip apa-apa ubat.
Kita usaha, dan cuba yang terbaik.

BUBUR BAWANG PUTIH

================
BAHAN:
Bahan biasa untuk buat bubur, cuma tambahkan extra bawang putih tumbuk 1 labu.

Masak bubur seperti biasa.

Tambah minyak bijan 1 sudu besar jika suka.
Ps: Bubur ni saya buat untuk bilal sekali saja lepas dia dah makin teruk dan takde selera makan. Jadi betul kata doktor, we try our best to prevent and cure. Tapi kalau anak dah takde selera makan, muntah, batuk teruk sampai sesak dada, mesti ke hospital juga.
Please jangan paksa dan tunggu anak sembuh sendiri jika keadaan terlalu teruk.
Tahu tak doktor kata apa waktu buat referral letter ke hospital? Doktor suspect bila denggi, atau kena influenza. Samada h1n1 atau lain jenis yang bahaya. Demam panas setiap malam, batuk yang teruk sampai terbeliak mata, merah padam muka, sesak nafas dan keletihan.
Jangan abaikan terus rawatan doktor moden.
Tu je saya nak pesan.  😊
#masturarashid

#argonvalley

Nak tanya sesuatu?