Bentonite clay = healing clay dari gunung berapi

Tau tak bentonite clay tu apa?
Nanti kita cakap pasal bentonite clay ok?
Magic clay, healing clay, Montmorillonite clay dan pelbagai nama lagi untuk tanah liat dari gunung berapi ni. 
Ramai orang dah tahu, tanah dari gunung berapi sangat bagus sebab kaya dengan pelbagai mineral yang jarang ada di tanah lain.
Di indonesia, kenapa tanaman mereka  besar, subur dan cantik? Kerana kebanyakan tanah pertanian mereka adalah tanah gunung berapi.
Tapi tak ramai tahu cara guna hasil semulajadi dari tanah gunung berapi.
Nak tahu apa kegunaan paling common dengan bentonite clay ni? 
Ingat tak semalam kita share pasal cara nak detox kulit kepala supaya liang-liang rambut kembali bernafas dan anda berjaya keluar dari bayangan gollum? 😉
Ok, itu cara nak detox kulit kepala.
Untuk kulit badan dan ketiak, cara kita nyahkan sisa toksik hasil penggunaan bahan-bahan kimia dari kecik adalah, dengan menggunakan bentonite clay sebagai lulur atau masker.
Kalau kita tak detox kulit, atau ketiak, naik lrt, angkat ketiak, confirm orang ingat gas beracun. Masuk icu ok.
Gunalah sabun harga sejuta pun, gunalah lulur dari lava gunung berapi pun, selagi anda tak detox ketiak, selagi tu lah ketiak keluarkan gas beracun.
Bentonite clay boleh buat macam-macam produk diy sendiri yang selamat dan bebas bahan kimia berbahaya. Ubat gigi, masker dan dibuat minuman. 
Nak gi pasar malam jap. 
Dah lengkap info, gambar, kita share. 😘
PS: Tahu tak batu dari gunung berapi adalah pengurut dan batu tungku paling efektif untuk sakit badan dan wanita bersalin? 😉

#masturarashid

Comments

  1. elis says:

    as salam sis… sis ada jual Bentonite clay tak?

    1. argonvalley says:

      sorry takde. 🙂

Nak tanya sesuatu?