MASKER DIY UNTUK KULIT KEPALA YANG TIDAK SIHAT

Nak tau tak kenapa bila kita guna syampu atau hair conditioner paling mahal harga sejuta pun rambut masih macam #maklampir?
Haa tulah, taknak tanya kita. Kita pun malas share.
Malas share sebab LUPA.😝
Kakak ipar fiona, #catwoman dah berjuta kali pesan,
“Mas, mana petua?”
“Mas, petua tin susu untuk perut kempis dalam pantang bila nak up lagi?” Okay esok kak ida. Fiona punya esok, sebulan pun lupa lagi.
“Mas, ni hot chocolate cinnamon drink buat dan share.” Okay kak ida, jap lagi. Fiona punya jap lagi, dah 3 minggu ok, dah jadi sarang biawak dah resipi tu.
Hihihihi. Ketawa stail mak lampir sikit.
Bzz..bzzz…bzzzt! Terus putus wayar time-time tu jugak.

Dari beribu benda dalam kepala, jadi kosong.
Pastu tengah breakfast dengan kakak, kena transfer duit on the spot, bukak telefon, nak klik maybank2u, terklik pulak whatsapp, lepas 10 minit, 20 minit, 
“MAS DAH TRANSFER BELUM?” 
“Hah, transfer apa??” Boleh tak, kita tanya macam dia nak rompak kita.
“Ya Allah engkau ni. Teruk betul memory engkau.”
Blur..blank. 
Tetiba teringat sepatutnya kena transfer duit susu kambing kat dia sejak 20 minit lepas.
Oklah harini nak share la sebab lepas mengopi tadi, tetiba ingatan yang hilang kembali masuk ke dalam otak.
Kita guna 3 bahan saja. 
BAKING SODA, MINYAK ZAITUN DAN SERBUK KAYU MANIS.
Ada juga petua yang guna apple cider. Tu next time share.
Kulit kepala pun perlukan detox selain ketiak yang berbau kambing tu.
Kepala pun boleh keluarkan bau stokin busuk ok? Kalau pakai bermacam produk berchemical, mestilah sisa-sisa chemical akan terkumpul dan menyumbat liang-liang rambut. So dapatlah rambut mak lampir baru balik pasar. Dengan busuknya, serabutnya, berkelemumurnya, sampai kaum kerabat kutu pun dah isytiharkan kepala kita kawasan perumahan terbaik untuk didiami.
Rambut beruban, rambut rosak, rambut mudah putus cinta, insyallah boleh improve banyak. Nak rambut #rapunzel tak? Ok, silakan buat masker rambut ni. 
Ingat, 3 bahan saja.
Oh, boleh pilih untuk buat finishing dengan apple cider juga.
Dah ambik gambar, kita up. Dan bagitau detail.
Nak masak petang, bawah tudung saji tu kosong lagi. 
Tak pasal-pasal kena tambat kat tepi kandang kambing Din Beramboi nanti.

UPDATED:

Dah masak dah. Tinggal nak up resipi dan steps saja. Next post ok.

#masturarashid

Nak tanya sesuatu?