About Me & The Site

Hi! Nama saya Mastura.

Saya adalah pengasas kepada Zathura (sebelumnya The Alchemist’s Craft) dan website Argon Valley.

Berusia 39 tahun pada 2019. Oh, dah makin tua rupanya. Sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.

Seorang graduan Universiti Malaya di dalam bidang Teknologi Maklumat.

Kemudian meneruskan minat saya di dalam bidang herba dan kecantikan dengan kursus Diploma of Master Herbalist sebagai Certified Herbalist, Diploma of Naturopathy, Certificate of Herbalism dan Diploma in Organic Skincare dari institusi luar negara.

Kini, saya sedang meneruskan lagi pengajian di dalam mendalami ilmu herba lokal (Malaysia) di bawah tunjuk ajar seorang pakar herba. Beliau juga adalah seorang doktor pakar yang telah berkhidmat selama 40 tahun di hospital kerajaan, dan mengkaji tentang herba lokal hampir 20 tahun lamanya.

Apa itu Argon Valley?​

Argon Valley adalah satu portal kecantikan yang saya bina untuk berkongsi kisah hidup, tips kecantikan, tips kesihatan, aktiviti bersama keluarga, review produk yang digunakan dan juga produk yang dipasarkan oleh Argon Valley. Tahun 2018 juga adalah tahun saya mula mengorak langkah baru menubuhkan The Alchemist’s Apprentice, iaitu kelas herba dan skin care organik, di bawah jenama The Alchemist’s Craft.

Mengapa saya tubuhkan Argon Valley dan Zathura?

Setelah berkahwin, melahirkan anak dan hidup sebagai isteri dan ibu, saya dapati banyak cabaran hebat yang akan kita lalui. Perubahan gaya hidup, perubahan penampilan diri, perubahan kehidupan sosial, kesemua ini membentuk siapa diri kita selepas beberapa tahun.

Saya juga dapati, apabila menjadi seorang ibu, cabaran utama sebagai seorang wanita adalah, mengekalkan kecantikan dan kesihatan sepertimana sebelum kita melahirkan anak. Perubahan wajah, kulit, kesihatan dalaman wanita, semua ini berubah dengan sangat ketara.

Mungkin saya boleh bantu anda dengan produk, tips dan petua yang didapati dari ibu, ibu mertua, tukang urut dan juga pembacaan bertahun-tahun. Selain itu, hasil dari pengajian saya di dalam bidang herba dan juga skincare organic, mungkin saya boleh hasilkan sesuatu yang istimewa khas untuk anda seorang!

Sama-sama kita jalani gaya hidup sihat, supaya kekal cantik dan awet muda walaupun dah semakin berusia.

Ikuti saya di Facebook dan Instagram.

Semoga anda dapat manfaat dari perkongsian saya di blog. Jika ada apa-apa pertanyaan, jangan malu, jangan segan untuk email saya menggunakan borang di bawah.

Segala pertanyaan adalah Private and Confidential. Saya seorang saja yang membacanya. 😉

#PS Jangan lupa lihat apa yang saya tawarkan untuk anda di kedai herba saya. Klik saja link ini ok.

MASTURA RASHID

Bersama suami yang banyak menyokong dan memberi saya semangat di waktu turun dan naik. Sekarang dia adalah Mr. Manager yang tak dilantik. Sengaja melantik diri dia sendiri supaya dapat sentiasa bersama di sisi saya.
Bersama anak bongsu yang menjadi kekuatan untuk saya bangkit semula dari kemurungan tahun 2016 dan menjadi orang baru.
Anak 4 orang yang mempunyai pelbagai karenah yang mencuit hati dan bikin hati bingung dalam masa yang sama. 3 dari 4 anak saya adalah kanak-kanak disleksia. Kreativiti dan imaginasi mereka betul-betul mengagumkan!
 Witch lab menjadi SOHO dan favourite spot saya menelaah buku, bereksperimen, mengkaji dan juga menghasilkan sesuatu yang istimewa untuk anda! Herba-herba yang terpamer digunakan di dalam ramuan teh, ulangkaji dan eksperimen.

Nak tanya sesuatu?