MEROYAN #PART 1

MEROYAN, SIAPA DAN KENAPA?

 

Baru saya tau, simptom meroyan ni, pada semua wanita sama je.

 

Apa mereka fikir dan buat waktu hilang akal, sama je.

 

Cuma yang berbezanya, jenis-jenis meroyan. Lepas baca jenis meroyan dari bidan NR yang famous siti aishah tu, teruk rupanya perlakuan orang meroyan ni.

 

Salah satunya rasa nak bunuh diri dan anak-anak! 😣😣

 

Kedua, rasa hodoh sepanjang masa. Trauma akibat perubahan bentuk badan dan parut-parut yang takmau hilang.

 

Ketiga, mood swing dan kemarahan tak terkawal.

 

Keempat, kebencian meluap-luap yang tiba-tiba pada ahli keluarga sendiri, terutamanya anak dan suami.

 

Kenapa 2 ini target utama?

 

Sebab anak-anak punca keserabutan dan keletihan, manakala suami pula punca kesunyian dan rasa terpinggir.

 

Kelima, kesedihan melampau tiba-tiba.

 

Keenam, rasa kosong, blank dan tiba-tiba jadi seperti orang bodoh. Tak boleh fikir apa-apa. Otak tak berhubung orang kata.

 

Percaya tak waktu ni kalau tanya mereka, 2+2 berapa, mesti mereka akan pandang kita dengan pandangan yang kosong saja macam si dungu.

 

……….saya percaya ramai mak-mak yang pernah ada, walaupun sedikit perasaan macam tu, kerana ketiadaan ME time, sakit belum pulih dan tiada sokongan, bantuan famili. Tapi lebih ramai yang tak tau pun mereka ada simptom meroyan. Lepas dapatkan consultation dari pakar baru tau rupanya ada. 😖😖

 

Ps: Dan meroyan ni, bukan hanya terjadi selepas bersalin saja, tapi boleh juga terjadi pada bila-bila masa walaupun dah lama bersalin.

 

Please help your family members jika ternampak ada keanehan dalam tingkahlaku.

 

Janganlah sesekali kata mereka mengada, gila atau jauhkan diri. Keadaan akan bertambah buruk. Sangat bahaya, sebab melibatkan nyawa ibu dan anak. Jangan kecam, marah, tapi bantu please.

 

#masturarashid
#postnataldepression

Nak tanya sesuatu?