Organic vs natural – apa tu?

ORGANIK VS NATURAL – APA TU?

#part1: Kak fiona, apa beza organik dan natural?

Ramai masih belum faham perbezaan ORGANIK dan NATURAL . Ramai yang tanya fiona tau cuma belum ada masa je lagi nak tulis panjang-panjang.

Sabun homemade pun boleh diklasifikasikan sebagai organik sebab selepas proses saponification (reaksi kimia antara lye dengan minyak atau lemak), lye dah dineutralkan sepenuhnya. Terhasillah gliserin. Lagipun lye ni adalah bahan yang dibenarkan di dalam pembuatan sabun organik oleh USDA.

Yang penting, bahan seterusnya (termasuk oil yang mula-mula nak campur dengan lye) tu harusssslah 100% certified organic ok. Jangan pulak kau campur dengan sayur basi, nasi basi, tulang ikan. Mau semerbak bau basi badan kau sampai ke rumah jiran.

TAPI NAK BUAT SABUN TU GUNA AIR. AIR KAN BUKAN ORGANIK? Penat tauuu saya buat sabun guna lye dan air mineral, tapi orang kata tak boleh kelaskan ia organik sebab air yang digunakan tu bahan kimia.

Pertama, air memang sebatian kimia. Ikut celah mana pun kau nak pusing, ia tetap sebatian kimia.

Kedua, air bukan unsur kimia, tapi air adalah gabungan dua unsur iaitu hidrogen dan oksigen. Dua unsur bergabung ini membentuk sebatian kimia iaitu molekul air.

Ya, air memang bukan organik tapi janganlah down tak pasal-pasal.

Kalau ikut polisi USDA dan National Organic Program (NOP), air memang TAK BOLEH diklasifikasikan sebagai organik. Garam juga tak boleh diclaim organik tau. Natural saja boleh, walaupun air dan garam ni didapati dari tanah yang dapat pensijilan organik.

Jadi, mengikut polisi mereka, bila nak kira peratusan bahan organik yang digunakan dalam produk, air WAJIB dikecualikan. Jadi soapmaker cold process sekalian, yayyy! Dah lega kan? Eh dengan syarat, air adalah yang bersih, tak tercemar atau dah disuling. Bahan tambahan seterusnya juga mestilah 100% certified organic juga.

Fragrance, pengawet adalah bukan natural, dan bukan juga organik. Lagipun kedua bahan ni sangat tak bagus untuk orang yang berkulit sensitif, pesakit asma, eczema dan psoriasis.

Oh ya, air yang ada perisa (flavoured drink) boleh dapat 100% organic certification tau, dengan syarat, herba dan bunga-bunga yang digunakan sebagai bahannya mestilah organik ok.

Bila saya buat produk The Alchemist’s Craft, apa yang saya ambil kira adalah kualiti air yang diguna, viscosity bahan mengikut rules skin penetration efficacy dan keberkesanan sesuatu herba, bunga atau rempah di dalam merawat masalah luaran. Bukan google resipi dan terus buat. Bukan ikut-ikut resipi orang lain. Bukan agak-agak. Tidak sama sekali.

Saya akan study,

Apa minyak yang sesuai untuk kulit eczema, psoriasis, sensitif, normal, berminyak, berjerawat, berkedut dan matang.

Apa herba yang sesuai untuk ruam, gatal-gatal, jangkitan kulat, luka dan sakit-sakit ringan.

Apa bunga yang boleh memberi aura positif, ketenangan dan kegembiraan pada si pemakai.

Adakah kombinasi bahan sesuai? Kombinasi bahan yang banyak tak semestinya memberi result yang bagus.

Sebab itu, saya hanya hasilkan dalam batch kecil saja. Batch by batch. Memang ambil masa tapi penting supaya semuanya dibuat fresh agar kualiti dan kesegaran terjaga.

Sama konsep dengan sabun Suhaili Baharuddin. Dia memang dah study dan faham konsep ni awal-awal lagi bila buat sabun cold process dia. Mix and match jenis bunga, herba dan minyak memang kegilaan dia, sampaikan design pun sangat di luar kotak pemikiran.

Sekali dah dengar eli membebel pasal sabun dan idea dia, memang boleh ternganga mulut berjam-jam. Tinggal dia tak sempat je nak tulis panjang-panjang sebab hidup dia lepas dah selesai urusan rumah, adalah LAB dan CURING room sabun dia.

Post ni bukanlah post tunjuk pandai dan cuba lawan otai. Tapi kita dapatkan ilmu pengetahuan dengan lebih saksama tanpa berat sebelah. Ya, ramai otai di luar sana. Ramai juga cuba tunjuk pandai nak tunjuk hebat seperti segalanya di hujung jari dia.

Apa yang anda boleh bantu?

Banyakkan membaca. Banyakkan bertanya. Jika saya ada tersilap dalam memberi fakta, jangan segan silu tegur. Saya akan terima teguran dengan hati terbuka. Sama-sama timba dan kongsi ilmu pengetahuan.

Dalam PROSES menjadi HERBALIST dan HOMEMADE ORGANIC SKIN CARE FOUNDER, kuncinya adalah rajin, tekun, fokus dan tak malu menerima teguran baik dari pakar herba lain dan juga doktor moden. Sama-sama saling menyumbang asalkan tidak memudaratkan. Tidak sesekali saya akan cuba tunjuk pandai semata-mata nak nampak hebat di mata follower.

Nanti sambung lagi ok.

-Mastura the Herbalist-

Nak tanya sesuatu?