Aturan Pantang Orang Melaka

Ni kakak ipar saya, orang Melaka. Kak Ida nama dia. Waktu ni dia bercuti ke Flores. Nampak tak kayu manis di bahu lelaki belakang dia? Tu baru habis mengutip kayu manis flores, baru habis trekking 3-4 jam di dalam hutan.

 

 

#aturanpantang
Negeri: Melaka

Siapa pernah makan nasi lemak sotong bawah POKOK KETAPANG di Gombak? Nasi lemak ni memang power sungguh. Cepat je habis!

Kalau bangun #subuhdinosor alamatnya memang tak merasa la nasi lemak power ni.

Paling power sekali sambal sotong dengan kuih tepung bungkus dia.

Yang berniaga, mak ayah kakak ipar saya, orang Melaka.

Pakcik pagi-pagi selalu jogging keliling area situ.

Oh, apa yang saya nak cerita ni pasal makcik (mak kakak ipar).

Makcik memang suka celoteh. Celoteh dia, penuh isi. Bukan celoteh kosong. Kalau bab masak, bab jaga anak, bab orang perempuan, memang seronokla borak dengan dia. Selalu je dia pesan macam-macam hal orang perempuan ni.

Tegas tapi cukup nak tampar kesombongan kita yang macam #qarun ni.

Baru ni, saya tanya kakak ipar (kak ida) , apa aturan pantang yang mak dia selalu turunkan.

Sebab tengok kak ida kalau lepas habis pantang memang slim dan cantik je. Muka pun bersih merah.

Ni ada orang lepas habis pantang muka dah macam#maklampir, badan pulak kembang macam#fionashrek.

Takyah cakap orang lain, ni ha diri sendiri pun sama. Double the fiona.
Ni lah baru betul masuk bakul angkat sendiri.

Ada mak yang banyak berpesan pun, selalu je ambik mudah banyak perkara.

ATURAN PANTANG ORANG MELAKA

1) Wajib bangun pagi-pagi. Bukan bangun subuh dinosor.

– Memang dah maklum kak ida jenis bangun awal sebelum subuh. Subuh-subuh lagi dah siap sarapan dan bekal anak-anak.

– Setiap pagi, rumah mesti bervakum. Pergi rumah dia, licin takde habuk satu pun.

– Tulang ringan yang amat. Patutla kak ida boleh daki gunung flores yang berjam-jam tu. Kalau saya, Fiona dah #pengsan kat kaki gunung lagi.

2) Berurut selepas seminggu atau dua minggu untuk bersalin normal.

– Tak berurut awal sebab badan dan urat masih kembang.

– Jadi awal-awal tu makan dulu jamu dan ubat. Mulakan dengan bertungku dulu bagi urat kecut dan badan hilang bengkak.

– Berurut waktu urat masih kembang memang sakit. Sebab tu waktu saya bentan dulu, opah yang mengurut saya tak bagi saya terus berurut, tapi dia suruh saya bertungku dulu, rehat dan jangan banyak bergerak.

3) Pakai bengkung jawa yang lilit-lilit 12 meter tu. Bukan bengkung 1 meter yang nak lilit perut pun dapat separuh saja ok? Bukan bengkung plaster zap zap. Ini wajib bengkung jawa 12 meter, lilit dari bawah punggung sampai ulu hati. Tidur pun mesti berbengkung. Tak dapat nak golek-golek macam Fiona.

– Tak pernah tengok kak ida montel macam saya. Kurus dan slim sepanjang masa.

– Cergas yang amat. Mak sampai puji, tak pernah tengok kak ida rehat bermalas-malasan atas katil.

– Mengandung pun cergas, bergerak ke sana ke sini. Takde pengsan macam saya atas katil, pastu makan tidur makan tidur waktu mengandung. Dari 65 kg naik 95 kg, lepas tu nak bawak badan berat macam #belon terapung.

4) Sebelum pakai bengkung, masak limau nipis dengan kapur dalam tin susu. Dah sejuk, sapu kat perut. Alas kain nipis, then baru pakai bengkung.

– Teringat kak ida kata, gatal memang gatal, tapi stretchmark langsung takde. Hilang dan kecut. Perut buncit cepat kempis. Siapa nak try? Bukan dalam pantang pun boleh, tapi kena tahan gatal dan merenyam la. Proses bakar lemak.

5) Lepas dah siapkan diri, dah mandi, dah berbengkung, lepas tu baru bersarapan. Bukan bersarapan dulu baru mandi dan bersiap. Time tu perut pun dah penuh kena sumbat makanan. Macamana nak tarik nafas waktu nak berbengkung, kan?

– Reason kenapa mesti bersiap dulu, supaya waktu makan, perut kita rasa cepat penuh sebab dah bengkung. Ni selagi tak berbengkung, selagi tula sumbat..sumbat..sumbat dalam perut, atas alasan takut baby tak cukup susu.

6) Rambut mesti diikat ketat, lepas tu sapu pilis.

CARA BUAT PILIS:
Buah pala
Kayu manis

Gosok kedua bahan belakang pasu, dah dapat pati, bubuh air sikit.

Lepas tu, sapu kat dahi supaya tak masuk angin meroyan.

7) Air batu, air sejuk is a BIG NO. Air suam pun catu. Mesti minum air herba. Minum banyak air nanti urat kembang.

– Jangan curi-curi minum air dalam peti tau. Nanti dah tua baru tau apa akibat tak pantang betul.

8) Semua sayur tak boleh makan.

– See, lain orang, lain cara pantang. Mungkin dipercayai semua sayuran sifat dia sejuk.

9) Paling lewat mandi pukul 6 petang. Tak boleh mandi senja. Mesti ada yang mandi pukul 10 malam sebab tak selesa kan?

– In case anda bersalin malam, please jangan pergi mandi. Tunggu pagi saja. Tapi please bawa bengkung ke hospital. Kalau bersalin normal, dah siap mandi, pakai bengkung siap-siap. Nak jalan pergi tengok anak kat NICU pun selesa sikit waktu berjalan.

10) Wajib berstokin, berlengan panjang. Minyak mesti sapu seluruh badan supaya tak sejuk dan angin tak masuk.

– Please pakai at least stokin. Pernah tak kena bentan sebab angin masuk ikut kaki? Menggigil-gigil, macam kancing gigi. Pakai 5 helai selimut pun tak lut. Kalau jadi macam ni, jika anda di hospital, cepat-cepat sapu minyak panas, makan jamu bagi panas badan. Ambik hot water bag, isi air panas dan tuam badan.

– Kalau jadi bentan di rumah, bertungku terus. Serik dah kena bentan masa duduk di hospital. Sejuk sangat. Pakai stokin panjang pun angin tetap masuk. Minta sampai 5 helai selimut gebar tu kat nurse pun tak lut juga, masih menggigil. Aircond pulak centralized, tak boleh off.

11) Minum kopi dalam pantang boleh. Teh angin. Milo angin dan sembelit.

Boleh imagine pakai bengkung bermeter-meter? Pengsan. Nak pusing-pusing badan. Tak hairanlan badan kemas dan ramping.

Ada orang Melaka nak kongsi tak cara pantang didikan mak dan nenek moyang?

#masturarashid
#argonvalley

Nak tanya sesuatu?