Garam Bario Organik (RELIEF GOUT AND THYROID)

Sale!

RM38.00RM75.00

Clear
SKU: N/A Category:

Description

(PRE-ORDER UNTUK BULAN APRIL.)

Garam Bario adalah sejenis garam yang sangat sukar didapati, di mana ianya memerlukan kepakaran penduduk tempatan di Bario Highlands, Sarawak.

Penduduk kampung dari suku Kelabit ini, biasanya akan masuk jauh ke dalam hutan untuk mencari sumber mata air di mana garam ini boleh diambil.

Perjalanan masuk ke hutan mengambil masa 3 hingga 4 hari, dan memerlukan makanan yang mencukupi sepanjang tempoh pencarian mata air ini.

Selepas sumber mata air dijumpai, mereka akan membina penempatan sementara sebagai kilang garam.

Satu kawah besar yang dipanggil Kawang disediakan, dimana air mata air ini akan dididih dan dikeringkan supaya garam dapat diekstrak dari bawah kawah. Garam yang sudah diekstrak akan dimasukkan pula ke dalam daun ilat, dibakar selama 24 jam supaya garam menjadi keras.

Rumit bukan?

Dan untuk pengetahuan anda, perjalanan ke Bario Highlands boleh diakses melalui darat dan udara saja.

Jika melalui darat, hanya kenderaan 4×4 dengan tayar jenis MT saja boleh sampai ke sana, melalui jalan berbukit tinggi, berselut, bersungai dan berlopak dalam selama berbelas jam dari Miri. Kenderaan 4×4 biasa dengan tayar jenis AT tidak akan berjaya ke Bario.

Jika melalui udara, hanya dengan kapal terbang kecil saja, dengan bayaran RM300-RM400 sekali pergi dan balik. Yang sukarnya, hanya 36 orang saja sehari boleh keluar masuk Bario menggunakan udara.

 

APA ISTIMEWANYA GARAM BARIO?

➕ Kaya dengan mineral berbanding garam biasa

➕ Diproses secara tradisional dan tiada bahan peluntur

➕ Kurang masin berbanding garam komersil

 

APA KHASIAT GARAM BARIO HINGGA DICARI JUGA DI TANAH TINGGI INI?

➕ Memberi kelegaan pada pesakit gout
➕ Merawat pesakit thyroid kerana garam ini tinggi kandungan iodin
➕ Merendahkan tekanan darah pesakit darah tinggi
➕ Meredakan sakit sendi, sakit otot, sengal-sengal dan kekejangan kaki
➕ Meredakan keletihan dan kesakitan kaki yang banyak berjalan dan berdiri
➕ Makanan lambat basi
➕ Merawat penyakit kulit
➕ Melancarkan pencernaan makanan
➕ Meredakan pening, migrain dan stress

CARA GUNA:

Untuk gout, sakit sendi, sakit otot dan sakit kaki:

Ambil 2 sudu besar garam bario, masukkan ke dalam besen berisi air suam.
Rendam kaki selama 30 minit.
Bilas seperti biasa.

Untuk sakit kulit:

Ambil 2 sudu besar garam bario, masukkan ke dalam baldi sederhana besar.
Jirus perlahan-lahan ke badan dan ratakan air garam ke seluruh badan.
Tak perlu bilas.

Sakit-sakit lain:

Jadikan garam bario sebagai pengganti garam masakan biasa.

Untuk masakan:

Hanya gunakan garam Bario sikit saja dah boleh memberikan rasa yang sedap dan cukup untuk elakkan makanan cepat basi. Lebih jimat berbanding garam biasa.

 

GAMBAR KREDIT GOOGLE.

Additional information

Weight 270 g
Kuantiti

1 buluh, 2 buluh

You may also like…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *