Sale!

Deep Heat Postpartum Body Scrub 100G

RM65.00 RM55.00

Out of stock

Description

KEMBALI SEMULA NOVEMBER 2018

Deep Heat Postpartum Body Scrub ini sungguh istimewa. Ianya panas, mampu memberi rasa hangat dan selesa kepada ibu-ibu berpantang dan juga wanita/lelaki yang kelesuan.

Dengan rempah ratus yang dipilih dengan teliti, setiap bahan yang digunakan mempunyai fungsinya tersendiri. Bukan saja badan terasa hangat, malah kulit juga menjadi cantik dan cerah dengan tambahan serbuk kayu cendana yang buatkan kulit halus, licin dan berkilat.

Antara rempah ratus utama yang memberi kesan hangat pada badan adalah kayu cendana, halia, cengkih, kayu manis dan buah pala.

Apa fungsi deep heat postpartum body scrub ini?

✅ Mengelakkan bentan, sejuk urat, kebas-kebas dan pening kepala ibu-ibu berpantang

✅ Melegakan sakit sendi, sakit otot, sejuk dada, demam dan sakit kepala

✅ Meningkatkan emosi positif ibu berpantang yang ada tanda-tanda kemurungan dengan gabungan rempah ratus yang mempunyai haruman unik

✅ Meningkatkan peredaran darah, menanggalkan sel kulit mati dan menghaluskan kulit

✅ Memberi rasa hangat yang selesa

✅ Mencerahkan kawasan pelipat, kelangkang, ketiak dan leher

Bagaimana cara guna body scrub ini?

✅ Basahkan badan, cedok 1 sudu besar body scrub dan ratakan ke seluruh badan, terutama sekali pelipat, celah kelangkang, ketiak dan belakang leher.

✅ Biarkan 10 minit hingga kering, dan bilas bersih.

Scrub ini telah ditambah extra virgin olive oil yang memberi kesan lembut dan glossy pada kulit. Tetapi jika kulit terasa kering, sapu losyen atau minyak pada kulit secukupnya.

Siapa yang tak boleh guna body scrub ini?

Gabungan rempah ratus yang digiling dan dikisar menjadikan body scrub ini sangat panas. Tak sesuai untuk anda yang:

✅ Mengandung

✅ Kanak-kanak

✅ Berkulit sensitif / sensitif pada rempah ratus

 

Additional information

Weight 120 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Deep Heat Postpartum Body Scrub 100G”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…