GREEN TEA ROSE SOOTHING CREAM (For face and body)

RM90.00

Description

KRIM YANG HARUM, RINGAN DAN TIDAK MELEKIT

Inilah Green Tea Rose Soothing Cream yang sangat menyegarkan kulit waktu cuaca panas.

Tak melekit, tak berlengas dan sungguh cepat menyerap ke dalam kulit. Sungguh lembut kulit selepas disapu krim khas ini. Tekstur yang ringan buatkan kulit seperti tidak memakai apa-apa.

Krim inilah yang saya pakai setiap hari supaya kulit kekal lembut, halus dan sentiasa lembab.

Bau pula sungguh menyegarkan dan terasa seperti berada di kebun bunga ros yang ditanam selang seli dengan pokok teh. Tenang. Damai saja rasanya.

Inilah krim yang saya buatkan khas untuk mak waktu mak mengerjakan umrah April lalu. Mak yang mempunyai eczema sangat sensitif dengan cuaca panas kering. Krim ini bukan saja buatkan kulit mak sentiasa lembab, malah tiada masalah kulit jadi kering berkuping-kuping. Cuaca panas yang memeritkan kulit di Arab Saudi bukan lagi satu kebimbangan buat mak yang berkulit kering dan sensitif.

Dan inilah juga krim yang anak saudara pakai di kolejnya waktu cuaca di sana panas kering. Sudah dikongsi pula dengan rakan-rakan yang sukakan bau dan kesan lembut pada kulit muka mereka.

Dengan 100% pure rose essential oil, 100% organic german chamomile essential oil, 100% organic lavender essential oil, green tea extract, pasti masalah gatal dan merah-merah di kulit semakin pulih. Tiada lagi masalah kulit kering yang kasar berkuping bila disentuh.

✅ BOLEHKAH ANDA YANG BERKULIT KOMBINASI DAN BERMINYAK PAKAI?

Ya. Jangan bimbang. Dengan green tea extract dan minyak khas yang digunakan di dalam krim, kulit yang berminyak, berjerawat dan sensitif menjadi lebih terkawal, lembab dan lembut bila disentuh.

✅ ADAKAH KRIM INI MEMPUNYAI SPF?

Tidak. Krim ini tidak mempunyai SPF. Anda masih perlu memakai pelindung matahari.

✅ HARGA SEBENAR KRIM?

Harga sebenar krim adalah RM90. Penggunaan bahan-bahan berkualiti, essential oil organik dan pure rose essential oil, menjadikan krim ini kaya dengan bahan-bahan premium yang mewah untuk kulit.

✅ BERAPA SAIZ KRIM?

30G. LIMITED QUANTITY.

✅ HARGA PRE-ORDER?

Sudah tamat. Tapi KHAS untuk ahli group Cantik Moden dan Tradisional (#CMT), anda masih boleh dapat diskaun RM7 dari harga asal.

Masih belum join group #CMT? Boleh add to cart DI SINI. RM40 saja sekali seumur hidup dan anda akan mendapat pelbagai manfaat, ilmu kewanitaan, ilmu rumahtangga yang tidak dikongsi di luar group, dan juga diskaun khas apabila produk baru dilancarkan nanti.

✅ BAGAIMANA CARA GUNA KRIM?

Gunakan krim selepas selesai memakai toner. Boleh dipakai siang dan malam. Jika anda pembeli beauty set herbal facewash powder cacao dan flax seed, anda boleh pakai krim selepas memakai rose water. Untuk malam, pakai sebelum magic oil.

 

Mastura Rashid, Fiona the Herbalist

 

Additional information

Weight 150 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “GREEN TEA ROSE SOOTHING CREAM (For face and body)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…