Sale!

Hawaiian Citrus Herbal Skincare Set (Below 30 years old)

RM185.00 RM135.00

Description

SUITABLE FOR NORMAL, OILY, COMBINATION & DRY SKIN

Free jute pouch bag

Free Empress Face 5GM Mask for first 30 buyer

Sungguh! Terasa seperti berada di spa lautan pasifik yang dikelilingi gadis-gadis hawaii yang sedang menari tarian hula. Haruman bunga, kelapa dan bauan sitrus yang menusuk hidung sangat menyegarkan kulit dan terasa seperti diberi semangat baru sambil terbayangkan daun pokok kelapa yang melambai-lambai ditiup angin lautan pasifik.

Herbal facewash ini adalah herbal facewash yang telah ditambahbaik formulasinya dengan tambahan buah sitrus yang membantu mengawal minyak di muka dan mengecilkan pori, kelapa yang mencerahkan dan memberi rasa lembab berterusan dan juga madu yang merawat luka dan mempercepatkan proses rejuvenasi kulit. Sungguh menyegarkan!

SET INI MENGANDUNGI 4 ITEM:

✅ Herbal facewash powder ‘Hawaiian Citrus‘ 30GM- pencuci muka khas untuk anda yang berusia 30 tahun ke bawah. Antara bahan utamanya adalah buah sitrus, kelapa, ghassoul clay Morocco dan madu.

✅ Herbal Face Steam 2 PACK – Gabungan 7 jenis bunga, rempah ratus dan herba khas untuk wap muka. Fungsinya untuk melembutkan kulit, melembutkan plug whiteheads dan blackheads, dan melancarkan peredaran darah.

✅ Lavender Face Mist 30ML – Penyegar muka yang bertindak sebagai toner, face mist dan ‘skin setter’ sebelum bermekap atau memakai magic oil. Diperbuat dari pure bulgarian lavender floral water. Meredakan kesan sunburn, keradangan kulit dan menyejukkan kulit yang berbahang.

✅ Herbal Magic Oil ‘Citrus Fresh‘ 5ML – Gabungan 5 jenis minyak botani dan essential oil yang sangat ‘potent‘ untuk membaikpulih kondisi kulit yang rosak, berlubang juga mengawal pengeluaran minyak berlebihan di muka. Bangun pagi dengan kulit yang sungguh lembut, licin dan gebu. Alami perubahan kulit yang ketara dalam 7 hari pertama. Sapu juga ke kawasan mata dan leher.

SIAPA YANG SESUAI MENGGUNAKAN SET INI?

✅ Anda yang berusia bawah 30 tahun.

✅ Alami masalah kulit muka berminyak, berjerawat, permukaan kulit berlubang, berjeragat. Jangan bimbang untuk anda yang berkulit kering dan sensitif, ghassoul clay dari Morocco yang digunakan dalam herbal facewash powder sangat lembut ke atas kulit.

✅ Mahu merawat kulit dengan bahan-bahan alami yang 200% selamat.

✅ Anda yang mengalami kerosakan kulit wajah akibat salah guna produk yang tak sesuai ATAU yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti merkuri dan hydroquinone.

BERAPA LAMA PERUBAHAN BOLEH DILIHAT?

✅ Bergantung kepada jenis dan kerosakan kulit.

✅ Biasanya dengan penggunaan yang konsisten, perubahan kulit dapat dilihat dalam masa 7 hari.

BOLEHKAH WANITA MENGANDUNG DAN MENYUSU MENGGUNAKAN SET INI?

Sangat boleh kerana 80% bahan-bahan yang digunakan adalah makanan organik dan selamat jika tertelan. Essential oil yang digunakan juga telah dipilih dengan teliti supaya tidak membawa kemudaratan kepada ibu mengandung dan menyusu.

BAGAIMANA ATURAN PAKAI HAWAIIAN CITRUS HERBAL SKINCARE SET?

✅ Guna herbal face steam 2 kali sebulan.

✅ Herbal facewash dipakai 2 kali sehari, iaitu pagi dan malam.

✅ Lavender Face Mist disembur selepas muka dicuci.

✅ Herbal Magic Oil dipakai setiap malam, selepas menggunakan Lavender Face Mist.

CARA GUNA:

✅ Cuci muka dengan herbal facewash powder ‘Hawaiian Citrus’ dulu. Caranya, basahkan muka, tabur facewash powder ke atas tapak tangan yang kering lalu diratakan ke muka perlahan-lahan. Tak perlu tambah air ke atas facewash powder.

✅ Selepas muka siap dicuci, lap kering dan sembur face mist. Tepuk-tepuk kulit supaya ia cepat meresap.

✅ Guna 5 titis magic oil ke atas tapak tangan dan sapu ke muka. Urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat di kawasan dahi, mata, pipi dan leher. Tepuk-tepuk kulit supaya cepat meresap. Perubahan pertama dapat dirasakan pada keesokan pagi.

BERAPA LAMA SET BOLEH BERTAHAN?

Anggaran antara 20-30 hari bergantung pada cara penggunaan.

BAGAIMANA CARA SIMPAN SET INI?

✅ Herbal facewash powder dan herbal face steam WAJIB disimpan di tempat yang kering dan jauh dari ruang yang lembab contohnya bilik air. Pastikan botol berada dalam keadaan kering sentiasa. Jika disimpan dengan baik, kedua-dua item ini boleh bertahan sehingga 6 bulan.

✅ Herbal magic oil boleh disimpan di mana-mana, kecuali di tempat yang terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Jangka hayat magic oil adalah antara 6 bulan – 1 tahun.

✅ Lavender face mist simpan di suhu bilik, jauh dari sinaran cahaya matahari. Simpan di dalam peti sejuk jika mahukan kulit yang lebih segar dan nyaman. Jangka hayat adalah antara 6 bulan – 1 tahun.

APA KEISTIMEWAAN HAWAIIAN CITRUS HERBAL SKINCARE SET INI?

✅ Dihasilkan dari sumber organik dan 80% dari bahan-bahan yang digunakan adalah bahan makanan organik.

✅ Bebas bahan pengawet dan bahan kimia berbahaya seperti merkuri, hydroquinone dan lain-lain.

✅ Sangat lembut pada kulit dan tiada kesan peeling/menggelupas.

✅ Sesuai untuk semua jenis kulit.

✅ Herba, bunga dan rempah ratus yang dipilih adalah dari sumber terbaik.

✅ Mudah dibawa ke mana-mana.

Additional information

Weight 300 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hawaiian Citrus Herbal Skincare Set (Below 30 years old)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *