Sale!

Lip Care Set (B) – Cookie Vanilla Lip Scrub, Minty Roselle Lip Balm & Healing Cheek Booster

RM107.00 RM88.00

Description

PROMOSI: PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK ORDER BERNILAI RM250 KE ATAS.

 

Setiap batch lip balm dan lip scrub adalah LIMITED EDITION, COLLECTIBLES dan UNIQUE.

Bahan-bahan organik yang digunakan adalah USDA CERTIFIED, AUSTRALIAN CERTIFIED, dan EUROPEAN CERTIFIED supaya produk kekal bersifat hypo-allergenic, tidak menimbulkan alahan dan sesuai walaupun untuk kulit yang nipis seperti bayi.

APA FUNGSI ‘COOKIE VANILLA LIP SCRUB’?

Dengan serbuk kayu manis (USDA CERTIFIED) dan ekstrak vanilla asli, sel-sel kulit mati yang buatkan bibir gelap, kering dan bercapuk dapat ditanggalkan.

Bibir akan menjadi lebih merah, basah dan halus. Kayu manis adalah bahan penanggal sel kulit mati yang efektif. Bahan aktif dalam kayu manis akan menggalakkan perjalanan darah ke bibir. Jadi, result dia, bibir akan nampak merah, penuh dan sihat.

Kesemua bahan lip scrub 100% organik dan diperbuat dari bahan makanan premium.

APA FUNGSI ‘MINTY ROSELLE TINTED LIP BALM’?

Tahukah anda kenapa nama lip balm ini ada ‘Roselle’? Ada ekstrak bunga roselle ke?

Ya, tepat sekali. Tahu tak, roselle atau hibiscus adalah sangat bagus untuk kesihatan kulit dan dalaman wanita. Ekstrak roselle ini dijadikan infused oil supaya anda mendapat khasiat roselle sepenuhnya.

Khasiat dari ekstrak roselle ini berupaya menyembuhkan luka di bibir akibat kulit kering yang terkopek, mengelakkan bibir dijangkiti kuman dan mengekalkan kehalusan dan kemerahan bibir.

Lip balm ini ditambah pati minyak mint kerana mint membuatkan bibir nampak lebih penuh, cantik dan seksi. Bau mint yang segar membuatkan nafas turut wangi, dan kulit menjadi sejuk dan selesa. Boleh digunakan juga untuk siku, lutut dan kulit kering di bahagian lain.

Oh, lip balm ini ditambah ekstak vanilla asli. Ingat konsep produk dari The Alchemist Craft by Mastura Rashid? Sedap dan selamat jika tertelan.

Lip balm tidak ditambah Vitamin E untuk mengelakkan alergi pada sesetengah orang. Konsep lip balm ini adalah lembut, hypo-allergenic dan selamat.

APA FUNGSI ‘HEALING CHEEK BOOSTER’?

Tahu tak bahan utama dalam cheek booster ni ‘Embun Laut Mediterranean’? Ia adalah Ratu anti oksida dalam kategori rempah Inggeris. Nama botani Rosmarinus officinalis. Nama am Rosemary.

Jika herba rosemary diperap bersama daging mentah, jangka hayat daging akan bertahan beberapa kali ganda berbanding yang asal tanpa perlu disejukkan.

Jadi bayangkan rosemary ini disapu ke kulit anda? Sifat anti oksida, sifat anti-bakteria rosemary akan bertindak mengecutkan jerawat, menghaluskan kulit dan dengan kombinasi minyak biji anggur yang tinggi SPF, cheek booster ini boleh menjadi pelindung matahari untuk kulit anda pada hari-hari biasa.

Bau rosemary yang tajam, sangat bagus sebagai terapi otak yang tumpul. Bau rosemary yang wangi, menjadi pilihan pasangan bercinta.

Badan relaks dengan rosemary, otak tajam dengan rosemary, perasaan cinta hangat membara bersama rosemary, pipi merah bak delima dengan cheek booster ini.

Bahan yang digunakan untuk ‘Healing Cheek Cooster’ sangat lembut dan tidak menimbulkan alahan bagi mereka yang mengalami masalah psoriasis, eczema dan sakit kulit.

Minyak biji anggur juga sangat bagus untuk pesakit yang disebut di atas.

Boleh menjadi pengganti blusher berkimia sedia ada. Sentuhan gold dust buatkan wajah berseri bak bulan purnama. Hingga cik abang pandang tak berkelip mata.

✅ BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN PRODUK?

  1. Lip scrub perlu simpan peti sejuk untuk bagi tahan lebih lama.

  2. Sebelum guna, kacau dulu bagi rata dan sebati.

  3. Kemudian cedok guna scoop dan scrub bibir dalam 2-3 minit. Pastikan jari bersih.

Lap dengan tisu, atau bilas dengan air dan terus je sapu lip balm.

  1. Scrub bibir setiap hari tau. Sampai dapat result. Bibir halus dan merah.

  2. Lepas dah pakai lipscrub, boleh terus pakai lip balm.

  3. Lip balm dan lip scrub boleh dipakai bila-bila masa, seberapa kerap yang suka.

  4. Sapu cheek booster selepas moisturizer. Sapu di pipi dan blend sedikit untuk efek pink/merah. Sapu di tempat lain yang gatal dan blend hingga hilang warna, untuk meredakan kulit yang gatal dan bengkak digit nyamuk atau serangga.

NOTA KAKI

Tekstur lipscrub memang sangat berminyak, cair dan berpasir supaya mudah sel kulit mati tertanggal, bibir lembab, dan mudah digosok. Yang penting, ianya mengikut formula yang betul sebagai lip scrub yang safe when swallowed, edibles dan organik.

Lip scrub akan mengeras selepas dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana vco membeku. Menjadi warna putih dan berketul. Jangan risau, jangan panik, itu bukan kulat, cendawan, alien atau kuman. Itu hanya kondisi beku vco saja. Keluarkan 1 jam sebelum guna, letak di tempat yang panas seperti dapur, biarkan ia cair sendiri. Lepas guna, simpan semula dalam peti sejuk. Nak tahan lebih lama, guna sudu.

Pada suhu bilik, lipscrub boleh bertahan hingga 2 minggu ke 1 bulan. Jangan risau, kerana gula, kayu manis dan madu adalah pengawet semulajadi.

Pakai sudu untuk menjamin kebersihan dan ketahanan lip scrub.

Additional information

Weight 150 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Lip Care Set (B) – Cookie Vanilla Lip Scrub, Minty Roselle Lip Balm & Healing Cheek Booster”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…