Sale!

Daun Harimau Beranak (MIRACLE LEAF)

RM57.00RM160.00

Clear
SKU: N/A Category: Tags: ,

Description

GAGAL BERPANTANG DENGAN BAIK HINGGA MENGAKIBATKAN MEROYAN, SAKIT URAT, TOMBONG DAN RAHIM JATUH?

Dah baca perkongsian petua-petua di BLOG?

Adakah anda mendapat manfaat dari perkongsian tersebut?

TAHUKAH ANDA, daun harimau beranak ini hanya boleh didapati di hutan belantara?

  • Sangat sukar untuk mendapatkannya. Daun ini adalah daun yang dimakan oleh harimau yang baru bersalin. Ianya panas, efek mengecutkan urat dan rahim serta merta, dan manfaat kesihatan untuk manusia sangat hebat.

Sangat mujarab untuk anda yang mengalami masalah-masalah seperti di bawah akibat gagal berpantang dengan baik atau kurang menjaga kesihatan.

✅ ANTARA KHASIAT PERUBATANNYA ADALAH MEMBANTU DI DALAM MASALAH:

➕ Keluar tombong/rahim jatuh

➕ Keluar darah istihadhah berterusan

➕ Sakit urat yang teruk hingga badan sakit-sakit dan emosi menjadi tidak menentu

➕ Lemah badan akibat darah tidak lancar dan bertoksik yang mengakibatkan kebas-kebas di anggota badan tertentu

➕ Sakit ari-ari, tumit kaki dan atas tulang pinggul

➕ Buasir dan masalah pembuangan menyakitkan dalam pantang

➕ Angin medu dan kembung teruk yang mengakibatkan anda tidak boleh membuang air/angin samada kentut atau sedawa

➕ Sentiasa demam urat, kesejukan tanpa sebab

➕ Mengalami meroyan, kemurungan akibat angin dan hormon tidak stabil

➕ Tidak bertenaga, tiada nikmat dalam hubungan suami isteri

 APAKAH HEALING CRISIS YANG AKAN ANDA ALAMI?

➕ Sakit dan lemah badan untuk 3-7 hari pertama

➕ Kerap kentut dan sedawa tanpa dapat ditahan

➕ Buang air besar dan kecil yang kerap

➕ Keluar lendir/keputihan teruk atau sederhana, bergantung pada penyakit

➕ Sakit ari-ari, senak semasa proses pemulihan dan pengecutan rahim. Rasa seperti rengat

➕ Kebas-kebas badan

➕ Mengantuk berterusan

➕ Tumit kaki mencucuk-cucuk seperti dicucuk beribu jarum, akibat angin

➕ Sakit yang berpindah randah, dari satu tempat ke tempat yang lain

➕ Darah haid yang banyak, berketul-ketul seperti hati ayam, berwarna hitam akibat sisa-sisa darah yang tidak habis keluar waktu datang bulan atau bersalin

➕ Jika ada healing crisis lain, dialu-alukan berkongsi dengan saya

Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dengan masa, tenaga dan kesukaran mendapatkan daun ini.

Adakah harga akan naik di masa hadapan? Maaf, belum pasti. Pokok yang ditanam luar dari tanah gunung/kampung pula tidak menjadi.

Semoga anda semua mendapat manfaat dari daun harimau beranak.

DAUN INI JUGA SESUAI DIMINUM OLEH ORANG LELAKI YANG MENGALAMI MASALAH ANGIN MEDU, SEMBELIT, BUASIR DAN LEMAH BADAN.

DISCLAIMER: Proses penyembuhan dan healing crisis adalah berbeza pada setiap orang. Paling awal hanya beberapa jam selepas minum, paling lewat mungkin seminggu. Disebabkan daun ini hanya untuk kegunaan keluarga saja pada awalnya, jadi diharap anda bersabar ketika proses pemulihan kerana saya dan keluarga tidak tahu tahap keberkesanan pada orang lain.

Sekurang-kurangnya amalkan selama sebulan secara konsisten. Apa saja ubat samada moden atau tradisional, jika dilanggar aturannya, memang tidak akan berkesan.

Daun harimau beranak ini hanya asbab penyembuhan, dan mohon amalkan dengan penuh TAWAKAL. Jangan tinggalkan terus apa-apa ubat doktor yang anda makan. Mohon rujuk doktor dulu supaya tidak berlaku masalah yang tak diingini.

 CARA PENGGUNAAN

Setiap paket adalah untuk stok 2 minggu, bergantung kepada tahap penyakit. Untuk meroyan, keluar tombong, rahim jatuh dan sakit urat yang teruk, guna 2-3 paket sebulan.

1 ) UNTUK WANITA BERPANTANG, KEGUGURAN, SAKIT URAT/SARAF TERUK, ANGIN MEDU, MEROYAN, KELUAR TOMBONG DAN RAHIM JATUH:

GUNA 5-7 HELAI DAUN

Sukat 1.5 Liter air (guna botol mineral besar lebih mudah).

Rebus daun di dalam cerek/periuk selama 15 minit.

Amalkan minum 2-3 gelas sehari.

Boleh bahagi untuk diminum pagi, tengahari, petang dan malam. Jangan disimpan dalam peti sejuk.

Daun yang dah digunakan boleh biarkan di dalam periuk. Tak rosak, masam atau berkulat.

WAJIB MINUM PAGI DAN MALAM SEBELUM TIDUR.

Warna air bergantung kepada tahap kekeringan daun. Jika daun terlalu kering, warna air akan menjadi seperti warna teh pekat.

Jika daun masih segar, air tidak begitu berwarna. Apapun, khasiat tetap tidak berubah.

2) SAKIT BIASA:

Sukat 1.5L air.

Rebus 2-3 helai daun.

Minum 1-2 gelas sehari. Air yang direbus boleh diguna untuk 2 hari.

WAJIB MINUM PAGI DAN MALAM SEBELUM TIDUR.

Nota:

  1. Air daun BUKAN pengganti air kosong. Mesti minum air kosong seperti biasa kerana selepas minum, anda akan kerap buang air dan berpeluh. Jadi air dalam badan mesti diganti semula dengan air biasa.
  2. Daun yang dah digunakan boleh diulang rebus sehingga tawar dan tak berwarna. Anggaran 3-4 kali rebusan lagi.
  3. Jika badan berasa terlalu panas dan sakit kepala, minum air masak lebih.

PERINGATAN, DAUN INI SIFATNYA SEDERHANA PANAS. TAPI MULAKAN DENGAN KUANTITI KECIL DULU. LIHAT TAHAP KETAHANAN BADAN.

AMARAN: WANITA MENGANDUNG TIDAK BOLEH MINUM DISEBABKAN FUNGSI MENGECUTKAN RAHIM DAUN INI. DIKHUATIRI MENYEBABKAN KEGUGURAN.

BASUH DULU DAUN SEBELUM DIGUNAKAN.

Additional information

Weight 30 g
Kuantiti

1 jar, 2 jar, 3 jar

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Daun Harimau Beranak (MIRACLE LEAF)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…