Halal Napa Kimchi (Kimchi Kobis)

RM35.00

Out of stock

Category: Tags: ,

Description

PROMOSI: FLAT RATE RM15 SAJA UNTUK CAJ PENGHANTARAN KIMCHI 2KG – 5KG KE SEMENANJUNG. JIKA ORDER 3KG, CAJ MASIH RM15 KE ALAMAT SAMA. BOLEHLAH KUMPUL ORDER BERAMAI-RAMAI. YAYY!)

(Kimchi mengambil masa 7-14 hari untuk dibuat kerana ia dibuat secara pukal dan segar. Anda akan mendapat kimchi baru yang segar apabila dipos. Diharap bersabar ya. )

 

Pernah makan kimchi? Pernah tak anda berasa was-was bila makan di restoran yang menghidangkan kimchi?

Semua orang tahu, kimchi dan Korea memang tak dapat dipisahkan.

Kimchi tu apa sebenarnya?

Kimchi adalah sayuran yang melalui proses pengeraman dan penapaian. Kimchi yang baru dibuat rasanya manis, tapi lama kelamaan, selepas proses penapaian lengkap, rasanya mula bertukar masam.

Jika tahun lepas, chef Jamae Shop 자매 가게 yang hasilkan kimchi. Tapi kali ni, anda boleh rasa hasil air tangan Korean Muslim, iaitu kakak ipar kami sendiri.

Kimchi bagus sangat dimakan tau kerana selain yogurt dan kefir, kimchi ni adalah sumber probiotik asli. Baik sangat untuk kesihatan usus. Salah satu rahsia orang Korea sentiasa kurus dan awet muda adalah dengan makan kimchi.

Fight obesity with kimchi!

Apa yang bagus tentang kimchi?

Kimchi adalah makanan ‘side dish’ yang rendah kalori, tinggi fiber, dan penuh nutrien seperti vitamin dan mineral. Kimchi juga adalah satu makanan tradisional orang Korea sejak beratus-ratus tahun dulu lagi.

Dengan kimchi, proses pencernaan akan berjalan lebih lancar. Sifat probiotik kimchi sangat bagus untuk kesihatan usus dan mengelakkan sembelit.

Anda mempunyai masalah kolestrol tinggi? Komponen Allicin di dalam kimchi berupaya mengawal kadar kolestrol di dalam darah.

Selain itu, sifat kimchi yang tinggi antioksida boleh membuatkan kulit anda lebih bersih dan cantik. Masalah kulit dapat dikurangkan. Pernah tengok orang Korea yang mempunyai masalah kulit teruk? Tak pernah bukan. Jadi, makanlah kimchi banyak-banyak.

Nak awet muda makan kimchi.

Nak tingkatkan imun sistem badan pun makan kimchi.

Nak kurus, lagilah wajib makan kimchi.

Penderita gastrik? Cubalah kimchi.

Pesakit kanser pun boleh makan kimchi. Jika anda seorang yang sihat, makan kimchi banyak-banyak kerana kimchi bertindak sebagai anti kanser.

Masih blur dan tak pasti anda boleh makan kimchi dengan apa?

Sebagai orang Malaysia, banyak pilihan makanan untuk dimakan bersama kimchi. Antara yang ‘kick’ dan menyebabkan anda tambah berkali-kali adalah:

Nasi dengan kari ikan.

Nasi dengan gulai lemak udang.

Maggi kari goreng. Goreng telur mata kerbau, dan makan dengan kimchi.

Nasi goreng ikan yang digaul bersama kimchi. Jika tiada isi ikan kembung, boleh guna ikan bilis.

Sup kimchi bersama ‘tuna in water’ dalam tin. Rebus saja kimchi, tambah sikit air dan masukkan isi ikan tuna. Tambah garam jika perlu.

Nasi bersama daging masak kicap.

Nasi bersama sambal tumis ayam.

Nasi goreng kampung yang pedas. Memang berasap telinga! Tapi makan pun bertambah tanpa sedar.

Nasi goreng cina.

Lain-lain, anda wajib ‘explore’ sendiri. Memang sedap kimchi bila dimakan dengan makanan Malaysia kita.

Additional information

Weight 1000 g

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *