Sale!

Herbal Sinus Relief Travel Kit (Relief Sinus Congestion and Unwind the Body and Mind)

RM78.00 RM68.00

In stock

Description

SINUS TRAVEL KIT

HARGA PENGENALAN RM68 (DISKAUN RM10 DARI HARGA ASAL)

Diperbuat dari minyak dan herba terpilih, Sinus Travel Kit ini mampu melegakan masalah resdung dan sakit kepala berterusan akibat pengumpulan lendir dan jangkitan bakteria di dalam rongga sinus.

Sesuai dibawa ke mana-mana. Dan boleh menjadi first aid kit untuk anda yang akan mengerjakan umrah, haji dan melancong. Kan mudah bila saiznya yang kecil boleh terus disumbat ke dalam beg sandang atau poket.

Diperbuat dari herba rosemary, eucalyptus, peppermint dan geranium, baunya yang harum sungguh melegakan. Sangat menenangkan.

Dengan urutan yang betul (rujuk video), lendir pekat yang terkumpul dalam rongga sinus dapat dicairkan. Anda akan berasa lebih lega dan selesa.

✅ APA KELEBIHAN HERBA YANG DIGUNAKAN?

Rosemary – Bersifat diuretik, ‘stimulant‘, antiseptik, antibakteria dan ‘analgesic’. Mampu melegakan sakit kepala, migrain, mengurangkan pengumpulan lendir di dalam rongga sinus, melancarkan pernafasan dan meningkatkan memori otak.

Eycalyptus – Bersifat ‘analgesic’, antibakteria, antiradang dan antiviral. Mampu melegakan sakit kepala, keletihan mental dan kelesuan fizikal.

Peppermint – Bersifat ‘analgesic’, antijangkitan dan antiseptik. Mampu melegakan sakit kepala, migrain, loya, sinusitis, keletihan mental, tekanan, kelesuan fizikal dan rasa hilang minat pada sesuatu.

Geranium – Bersifat ‘analgesic’, antibakteria, penstabil mood dan menyembuh. Mampu memberi ketenangan kepada jiwa yang serabut, kelesuan mental dan fizikal serta kemurungan.

✅ SIAPA YANG SESUAI MENGGUNAKAN SINUS TRAVEL KIT INI?

Kanak-kanak berusia 9 tahun dan ke atas, hingga orang tua. Disebabkan gabungan herba yang ‘potent’, kanak-kanak berusia di bawah 9 tahun dan wanita hamil DILARANG menggunakan sinus kit travel ini.

✅ BAGAIMANA CARA GUNAKAN SINUS TRAVEL KIT INI?

Boleh rujuk video di bawah dan juga kad yang disertakan di dalam kit.

✅ APA PANTANG LARANG BAGI PENGHIDAP SINUSITIS?

Elakkan punca sinusitis bertambah teruk. Terutamanya makanan yang menyebabkan kegatalan, jangkitan bakteria bertambah teruk, pengumpulan lendir dan punca lain seperti habuk dan hama.

✅ ADA NATURAL REMEDY LAIN YANG SAYA BOLEH CUBA?

Ya, jika anda tiba-tiba terasa sakit seperti tekanan kuat di kawasan muka, cuba makan cayenne pepper. Tabur sedikit ke dalam makanan seperti lauk, bubur atau nasi. Cayenne pepper mempunyai bahan aktif bernama capsaicin yang bersifat ‘decongestant’ yang boleh mencairkan lendir pekat di rongga sinus anda.

Selain itu, anda boleh juga cuba resipi Susu Suam Kunyit (klik link) yang pernah saya kongsi di facebook personal. Gabungan kunyit dan lada hitam sangat ‘potent‘ untuk melegakan hidung tersumbat, selesema teruk dan batuk berkahak.

Additional information

Weight 100 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Herbal Sinus Relief Travel Kit (Relief Sinus Congestion and Unwind the Body and Mind)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…