Nak Tahu Kenapa Skincare Tak Berkesan?

NAK TAHU KENAPA PAKAI SKIN CARE TAK BERKESAN SELAMA NI?
.
.
Entah, fiona pun tak tau.
.
Eh acah je.
.
Nak baca tak apa kita nak share?
(#penting kalau nak kulit kekal cantik bersih dan awet muda sampai bongkok tiga. Jangan harap ada orang panggil kita nenek)
.
Nak share sekarang, nanti kalau tangguh-tangguh lagi, terus lupa. Jadi macam minyak kuda, terus hilang idea nak bercerita. Dari excited terus lemau macam sloth. Kuda pun dah bawak balik minyak dia tengok editor tak excited.
.
Okay, ingat tak beberapa minggu lepas kita ada share kenapa pakai syampu atau minyak rambut tak berkesan untuk bagi rambut tumbuh, sihat dan hitam?
.
Rupanya kena DETOX dulu kan?
.
Sama macam kulit, kulit juga perlukan detox dan pada masa yang sama, perlukan turutan yang betul bila guna skin care,
.
kerana,
.
setiap orang mempunyai jenis kulit berbeza-beza.
.
Kita nak cerita secara general je ok. Taknak cerita macamana kulit terjadi, lapisan epidermis apa yang ada, sarang labah-labah mana dah bersarang kat dalam kulit.
.
Kita ada kulit normal, berminyak, combination dan kering.
.
1. Pastikan anda TELITI dan PILIH skincare yang sesuai dengan kulit.
.
Kalau kulit berminyak, janganlah pakai skincare untuk kulit kering. Boleh goreng telur nanti atas muka, tak payah beli minyak masak mahal-mahal RM25/botol untuk goreng ayam KFC. Kaut je minyak atas muka tu. Jimat.
.
Apa jenis skin care yang sesuai untuk kulit?
.
DRY – minyak kuda, minyak argan, minyak badam, tomato, delima
.
NORMAL – minyak kuda, tomato, avocado, kunyit, carrot, beras
.
OILY – timun, tomato, avocado, berries (apa-apa jenis pun boleh), pisang, lemon, cuka epal
.
COMBINATION – tomato, susu, timun, aloe vera, lemon,cuka epal
.
2. Pastikan ikut turutan penjagaan kulit yang betul.
.
Jangan sapu krim, lepas tu cuci muka. Pastu, terus pakai masker pulak. Caca marba tu. Rosak kulit.
.
Tak boleh.
.
Setiap skincare, ada aturcara penggunaan dia.
.
Turutan yang betul adalah:
.
✅STEP 1: GUNA MAKEUP REMOVER/OIL CLEANSER – jika anda suka bermekap, pakai bedak tebal-tebal, muka jenis oily, mesti mula dengan ni dulu. Oil-based cleanser tidak berbuih. Biasanya mesti digunakan dengan cotton pad.
.
✅ STEP 2: GUNA WATER-BASED CLEANSER – supaya dapat singkirkan sisa-sisa minyak yang kita guna pada step 1 tadi. Juga berupaya menyingkirkan peluh. Biasanya berbuih.
.
✅ STEP 3: SCRUB – fungsi untuk singkirkan kulit-kulit mati dan bagi kulit bernafas. Pada step ni, anda akan dapat rasakan betapa lembut dan gebunya kulit yang selama ni anda ingat selamanya jadi kertas pasir.
.
✅ STEP 4: TONERS – toner berfungsi stabilkan PH kulit. Berupaya juga melembabkan dan membuka jalan supaya next step dapat menyerap lebih pantas dan memberi kesan optima.Nak kita tunjuk cara buat toner DIY tak? Ada customer kita dah cuba tadi. Tak sampai beberapa minit habis conversation, terus dia buat dan tunjuk gambar. Mak oiii kalah shinkansen jepun.
.
TONERS = PELEMBUT KULIT = PENYEGAR KULIT
.
✅ STEP 5: ESSENCE: Ok, step ke-5 ni adalah jantung bagi wanita Korea. Majoriti wanita korea takkan tinggalkan essence langsung. Essence ni adalah gabungan toner + serum. Cair macam toner, tapi tak sepekat serum. Sgt sesuai guna waktu siang hari. Serum tak sesuai pakai siang sbb dia melekit dan sangat likat. Betul tak?
.
Apa fungsi essence?
.
Essence bertindak sebagai penampal kulit rosak, pemberi nyawa pada sel-sel kulit dan pelembab kulit hingga ke lapisan paling dalam. Essence tak berminyak ok.
.
✅ STEP 6: SERUM/BOOSTER/ AMPOULES: Boleh pilih nak guna mana satu. Step ni sangat penting untuk bagi kesan maksimum selepas penggunaan essence. Kalau essence tu ibarat kanak-kanak, serum ni ibarat orang tua. Lebih padat, lebih berkhasiat dan lebih efektif.
.
Apa fungsi serum dan kawan-kawan dia?
.
Ketiga-tiga ni adalah version essence yang lebih mampat. Penuh khasiat dan vitamin. Berfungsi untuk mencerahkan, kecikkan pori, rawat jeragat, kesan terbakar kulit, jerawat yang teruk, kedut dan warna kulit berbelang-belang.
.
Minyak kuda mayu healing cream termasuk dalam kategori ni. Sebab tu ianya sangat berkesan dan penuh vitamin.
.
Ada yang nak kita sambung tak?
.
Dia sampai 10 step tau. 😂
.
Kalau betul-betul ikut steps yang kita share ni, jadi glowing la muka tu ibarat terkena panahan matahari. Glowing habis!
.
#share la dulu kalau suka dan supaya tak lupa.
#NOCOPYPASTE ok?
.
Gambar nanti kita buat ikut step-step. Baru tak lupa. Boleh save terus je.
.
Ingat, pemilihan skincare sangat penting ok.
Bukan main rembat je ikut suka.
.
Gambar ni jus timun yang customer tunjuk tadi. DIY CUCUMBER TONER.
.
.

Toner timun.

-fiona muka bulat-

Nak tanya sesuatu?