TEH TARIK ARAB ISTIMEWA

Sedap sangat air teh tarik arab ni! 😱😱
Campuran buah pelaga, cengkih dan sedikit kayu manis premium. Rasa dia special sangat.
Boleh try hidang teh ni untuk tetamu yang datang ke rumah.
Cuba buat, dan rasa perbezaan dengan teh tarik biasa yang takde khasiat tu. 
BAHAN:
Uncang teh hitam

Air seteko

2-3 biji buah pelaga (fennel)

2-3 ketul bunga cengkih (clove)

1/4 sudu kecil kayu manis flores

Susu pekat sesedap tekak
CARA: 
Rebus semua bahan dalam periuk kecik sampai mendidih.
Tambah susu pekat ikut sedap tekak. Ingat, susu pekat tak bagus untuk kesihatan ok. Jadi berpada-pada bila nak bubuh tu. 😎
ATURAN MINUM:
Minum 3 kali sehari macam minum antibiotik. Mesti ditemani doktor dan nurse di tepi in case bacaan gula dalam darah naik mendadak.
Acah je.
Ikut suka kaulah labu.

LOKASI: KHEMAH TIMUR TENGAH, MASJID AL HIDAYAH TAMAN MELAWATI

#masturarashid

​

Nak tanya sesuatu?