TEH BOM LEMAK PERUT

TEH BOM LEMAK PERUT
(#kacang sangat!)

Haaa mesti terbeliak mata dengar nama teh ni kan?

Serius, teh ni mampu cairkan lemak kat perut macam bom.

Asal makan makanan berlemak je, mesti lemak tak dapat berumahtangga kat perut. #suka la tu

Ok, kayu manis yang saya guna ni, memang kayu manis asli. Mudah patah dan wangi semerbak. Buat kek, roti, masak, teh memang wangi!

Please semua jangan guna kayu manis yang tebal di rumah tu. Itu nama dia cassia. Tak sesuai dimakan, diminum dan guna untuk kecut jerawat. Jangan rosakkan muka. Cassia tinggi kandungan coumarin, 63x lebih tinggi dari kayu manis asli. Bahaya, boleh rosakkan hati ok? Jap lagi balik rumah, ucap #selamattinggal romeo kat dia.

 

BAHAN:

2 batang kecil kayu manis, blend hingga halus
2 sudu madu/gula batu

Serbuk kayu manis dan madu asli. Please guna madu asli. Bukan madu supermarket yang high sugar sangat tu. Nak jadi Fiona Shrek atau Cinderella? Pilih-pilih.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CARA (pilih nak yang mana)

  1. Blend kayu manis, ambik 1 sudu kecik, isi dalam air panas segelas, dan tambah madu.

  2. Rebus kayu manis sampai keluar wangi dia, tambah gula batu. Biar suam.

  3. Taburkan sesudu kecik dalam #juskuruskeding yang saya ada share sebelum ni, minum. Omg…tak kurus jugak taktau lah.

  4. Jadikan kudapan. Serius kayu manis asli ni boleh gigit-gigit, manis sangat! Semut pun merayap-rayap lagi atas dia.

 

ATURAN:

Minum SETIAP KALI selepas makan sarapan, tengah hari atau malam. Jangan lupa jampi sekali sambil ambik pencungkil gigi hala kat diri sendiri.

Kali ni tukar sikit jampi,

“Dua tiga kucing berlari, kuruslah kau Mastura kejap lagi!”

Ramai-ramai please jampi saya. Supaya mudah saya kurus taknak jadi #fionashrek dah.

 

Q&A:

  1. Eleh tipulah, yeke boleh kurus?

Eleh, dengki la tu orang nak jadi #cinderella.
Nak kurus, mesti disiplin. Lepas minum teh ni, badan akan berpeluh. Good combination, minum sekali dengan jus kurus keding 14 hari tu. Buatla stretching sikit kat ofis ke rumah ke. Jangan duduk je macam batu.

  1. Ada apa dengan cinta? Eh cinnamon? Sampai boleh kurus pulak.

Okay, first, kayu manis sangat berkesan untuk elakkan lemak berkumpul di perut.

Second, kayu manis boleh kurangkan rasa nak makan. Elok-elok tengah mengidam kek 10 biji, jadilah mengidam sebiji je. Kan sopan sikit tu. Manis kayu manis ni sendiri boleh jadi pengganti gula-gula atau apa saja desserts yang kita suka. Dari makan tu semua yang ada macam-macam entah apa-apa tak reti nak sebut, baik kudap-kudap kayu manis ni.

Third, ni paling anda suka. Jawapan kepada soalan ni. Kayu manis sangat berkesan panaskan badan dan tingkatkan metabolisma badan. Tinggi metabolisma, tinggilah peluang kurus.

Keempat, paling bagus untuk yang masih belajar. Kayu manis boleh tingkatkan memori dan imun sistem badan. So, malam nanti nak stay up, kunyah 1 kg ok? Esok sure jadi #alberteinstein!

  1. Pregnant, bf mommies dan dalam pantang boleh minum?

Ya untuk semua.
Dalam pantang kalau anda minum teh kayu manis, anda akan rasa lega dan release stress. Bau yang menusuk kalbu, menggetarkan jiwa tu sangat mendamaikan. Eh, lagi cepat kurus dalam pantang.

  1. Kalau ada penyakit kritikal boleh minum?

Disebabkan saya bukan doktor, dan juga bukan scammer yang acah-acah too good to be true, saya nasihatkan dapatkan nasihat doktor dulu ok? Doctor first, then baru decide nak minum atau tidak. Kayu manis juga ada agen pencair darah. Takut jika anda sedang makan ubat pencair darah, ada tindakbalas tak normal nanti.

Okay, jangan lupa jampi, jangan lupa minum dan belanja saya kek kalau dah kurus. #acahje

Sama-sama cantik untuk #suami
Rambut takpe mengerbang sana sini
Jangan #lemak je bergoyang sana sini
Good luck!

 

PS: Boleh dapatkan kayu manis asli Flores dari saya.

#follow saya untuk dapatkan petua mak, kecantikan dan kesihatan. Check #album di wall.

#like dan #komen jika anda suka dan rasa bermanfaat.

#masturarashid
#masturatheherbalist
#argonvalley

Nak tanya sesuatu?