WE Time Mak-Mak Yang Dah Sewel Duduk Di Rumah

Bukan senang nak jumpa semula lepas habis kelas yang dulu. Dah dapat jumpa, memang tak berhenti berborak! Sampai makanan atas meja dialih pulak atas kerusi nak bagi ruang berborak punya pasal.

Thanks Suhaili Baharudin (Founder Soaporia sabun cold-process), Nani Rahim (Young Living essential oil experts), jemput fiona yang kalut pagi tadi. Norafiza Mahmud (Founder Kayra Beauty) jangan dengki ok. Fiona cucuk mata nanti. Balik rumah duduk diam-diam.

Nurasykin Ali (Founder Milk Up Candy) paling lawa ok. Malas puji Oya sebab dia dah kurus banyak lepas amalkan air halba. 10kg turun macam tu saja.

Nani bawak essential oil Joy hari ni. Gembira lain macam semua orang hari ni. Matila orang ingat perempuan gila 5 orang datang makan.

Si Ekin pulak bawak essential oil Believe. Kemain semua tetiba jadi macam saintis.

Jom plan sebulan sekali macam ni!

Oya memang maintain dengan kaki angkat sebelah dia. Mentang-mentang dah kurus.
Hasil kiriman kawan-kawan dalam program #SELAMATKANTHUKUL.
Ekin dah siap-siap bershopping buku Dubook 2 hari sebelum tu.
Lima sekawan baik. Tambah lagi sorang, cikgu hanie spalie. Comel gila gelagat cikgu garang sorang ni. Bolehlah kita muat 6 orang dalam kereta next time ok?
Nani dah rambang mata tengok baju-baju kat Leeyana Rahman.

Nak tanya sesuatu?