Wolverine Berjari Kayu Manis

Dah lama tinggal fb ads.

Tunggu cikgu Astiey Nurasiah datang rumah je nanti bulan 7 ni. Best coaching dengan dia. Kelakar, sempoi pastu yang best mudah kira bila kita ajak dia bermalam kat rumah kita. Kan as? 😝

Semalam try buat fb ads setelah sekian lama dah tinggal.
Convert terus ke website untuk post #kayumanisflores.

Alhamdulillah, sekarang kayu manis tinggal 2.8kg saja lagi.
Kalau 100g, cukup untuk 28 orang saja.
Siapa cepat, dia dapat.

Batch selepas ni tak pasti lagi ambik dari pokok mana. Pokok muda trang tang tang ke..pokok tua kerepot ke.

Usia pokok mempengaruhi ketebalan, kemanisan dan saiz batang kulit kayu manis ok.
Batch ke-4 ni la paling manis, paling wangi.

Untuk rumah pun belum tinggalkan lagi.
Habislah pasni kita masak guna kayu-kayu kering je. 😂
Mak dah pesan suruh tinggal untuk rumah banyak sikit, sebab nak dapat susah. Lambat. 2-3 bulan sekali.

Tunggu orang sanggup panjat gunung baru dapat.

Tu pun upah mahal jugak. Guna tenaga, makan masa. Dari bandar nak ke kaki gunung pun dah 14 jam perjalanan naik lori sewa. Dari kaki gunung panjat ke kampung pun 4 jam. Dari kampung, jungle trekking mencari kayu manis pulak 3 jam.

Batch baru kita ambik lepas raya haji.
Takut bila nak raya berdouble ni, masalah delay lagi teruk dari waktu nak ambik batch ke-4 baru ni.

Pengsan fiona kena tunggu lama dan ulang alik ke KLIA macam baru ni. Sempatla janggut serigala tumbuh dulu kat muka.

Gambar bawah serigala jadian. Wolverine kayu manis.

-fiona belum berjanggut-

Kayu manis ada kurus, ada nipis, ada gemuk, ada tebal. Ikut nasib dapat batch mana.
Humaira dengan kotak-kotak kayu manis batch ke-3 March baru ni.
“Tolonggg..wolverine tengah mengganas.”
“Cepat ambik kapak, kapak jari dia!”
Ada yang tanya, 50g banyak mana. Ni dia 50g.

Nak tanya sesuatu?